Perubahan wajah, saya kelihatan lebih teruk sekarang - Fathia Latiff

Perubahan wajah, saya kelihatan lebih teruk sekarang – Fathia Latiff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fathia Latiff,meluahkan rasa sedih apabila menyedari dirinya tidak lagi seperti dahulu.

Kata Fathia, ia terutama selepas tindakannya melakukan perubahan pada wajahnya sehingga dia tidak lagi berasa seperti dirinya yang sebenar.

Malah, Fathia berkata, dia dapat melihat penampilannya kini jauh berbeza, sehingga ada kalanya orang ramai tidak lagi mengenalinya ketika berada di luar.

“Saya dapat melihat perubahan pada wajah saya, dan terus-terang, saya rasa saya kelihatan lebih teruk sekarang.

“Saya dah tak bergaya macam dulu, dan kadang-kadang terasa seperti orang pun tak kenal saya bila saya keluar.

“Sukar rasanya bila saya sendiri pun tak rasa seperti diri saya yang sebenar,” katanya menerusi luahan di Threads.

Tambah pelakon drama Ariana Rose itu lagi, dia juga kini berdepan tekanan emosi apabila terus menjadi mangsa kecaman warganet yang mempersoalkan penampilan terkininya.

“Saya terluka dalam diam. Orang asyik menghakimi dan memperlekeh penampilan saya.

“Padahal saya cuma buat rawatan kecil saja, hanya filler. Namun berbanding rasa lebih baik, saya malah rasa lebih sedih sekarang,” ujarnya.

Luahan Fathia tersebut mendapat perhatian dalam kalangan peminat dan pengikutnya yang rata-rata menyatakan sokongan serta menzahirkan simpati terhadapnya.

Tidak cuma itu, pengikut juga turut menasihatkan Fathia supaya berhenti melakukan rawatan estatik yang tidak sesuai yang menjadi punca wajahnya kelihatan tidak lagi seperti dahulu.

Pelakon berbakat besar itu sebelum ini pernah beberapa kali menjadi tumpuan media berikutan perubahan imej terutama pada bahagian wajahnya.

Sebelum ini, ketika bertemu media, Fathia mengakui ada menjalani rawatan kecantikan untuk menghilangkan ‘eye bags’ dan melicinkan kulit wajah namun nafi melakukan rawatan ekstrem.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN