Nelydia Senrose kini bergelar Datin - Utusan Malaysia

Nelydia Senrose kini bergelar Datin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Nelydia Senrose, 30, meraih pujian ramai apabila suaminya, Hafeez Halimi, dikurniakan gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan ke-66, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah.

Khabar gembira itu sekali gus turut menyaksikan Nelydia membawa gelaran Datin.

Terdahulu, perkara itu, dikongsikan oleh seorang jurusolek selebriti, Rozlan Nassir, di Instagram pada hari ini, yang memberi gambaran pelakon tersebut kini bergelar Datin.

“Tahniah Datuk Hafez Halimi dan Datin Nelydia,”tulisnya di Instagram story.

Difahamkan, selain Hafeez, kakak kepada usahawan dan selebriti sensasi, Datuk Aliff Syukri, iaitu, Yatie Kamarzaman, turut bergelar Datin selepas suaminya, Mohamad Zaidi Aziz dianugerahkan darjah yang membawa gelaran Datuk.

Difahamkan, Sultan Pahang berkenan berangkat menyempurnakan istiadat yang diadakan di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Pahang pada hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN