Konsert Festival Tentang Cinta tampil Andmesh Kamaleng, Ziva Magnolya - Utusan Malaysia

Konsert Festival Tentang Cinta tampil Andmesh Kamaleng, Ziva Magnolya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Dua penyanyi terkenal Indonesia, Andmesh Kamaleng dan Ziva Magnolya bakal berkabung dalam satu pentas sempena Festival Tentang Cinta di International Convention Centre (SICC) pada 9 Ogos ini.

Konsert yang berskala besar ini bakal menghimpunkan artis-artis serantau dari Malaysia dan Indonesia. Selain Andmesh dan Ziva turut serta memeriahkan konsert ini adalah Ara Johari, Adira Suhaimi, Mary Grace dan, Hael Husaini.

Pengarah Urusan Extreme Visionary Venture merangkap penganjur konsert, Julianah Ishak berharap agar konsert ini akan mendapat tempat di hati peminat terutamanya masyarakat Sabah.

“Saya sebagai Pengarah Urusan Extreme Visionary Venture, buat pertama kalinya menganjurkan konsert Festival Tentang Cinta dengan gabungan artis-artis serantau yang akan mengegarkan SICC pada 9 Ogos ini,”

“Saya sangat berharap konsert ini mendapat sambutan yang luar biasa baik dari peminat di negeri Sabah mahupun negeri-negeri berdekatan. Saya juga ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan konsert ini,” katanya.

Pertama kali berkunjung ke Sabah, penyanyi lagu ‘Peri Cintaku’, Ziva Magnolya sangat menghargai peluang yang diberikan kepadanya serta mengakui tidak sabar untuk bertemu dengan peminatnya di negeri Bawah Bayu itu.

“Ini pertama kali saya akan menyanyi di Kota Kinabalu. Ia adalah satu pengalaman yang luar biasa dan saya sangat menghargai peluang yang diberikan oleh Festival Tentang Cinta,” ujarnya.

Sementara itu, Andmesh Kamaleng yang cukup dikenali melalui lagu ‘Cinta Luar Biasa’ menyifatkan festival ini sebagai ruang untuk mengeratkan hubungan sesama peminat serantau melalui muzik.

“Saya sangat senang kerana dapat menyatukan kekeluargaan ini melalui muzik. Kami akan beri persembahan terbaik dari segi susunan muzik, semangat dan pengalaman. Ini kali kedua saya ke Kota Kinabalu, semoga tidak mengecewakan,” katanya.

Penganjuran festival ini turut disokong erat oleh Tourism Malaysia sebagai sebahagian usaha memperkasa sektor pelancongan domestik menerusi acara berskala besar.

Tiket Festival Tentang Cinta boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman rasmi: www.ticket2u.com.my, dapatkan sekarang tiket anda!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN