Kaya sebelum terkenal - Utusan Malaysia

Kaya sebelum terkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMAI bintang K-Pop menikmati kehidupan yang luar biasa mewah disebabkan kejayaan yang mereka kecapi selepas terkenal.

Namun tidak dinafikan ramai juga dalam kalangan mereka yang sebenarnya sudah sedia kala kaya kerana dilahirkan dalam keluarga berada.

Berikut lima bintang K-Pop dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya.

JENNIE

Ahli kumpulan Blackpink ini juga di besarkan dalam keluarga ‘berada’.

Media Korea melaporkan bapanya merupakan pengarah sebuah hospital di Korea Selatan manakala ibunya pula merupakan pengarah dan pemegang saham gergasi media dan hiburan Korea Selatan, CJ E&M.

Kemasukan Jennie ke kolej berprestij di New Zealand iaitu ACG Parnell sebelum ini juga membuktikan dia anak orang berada.

NICHKHUN

Ahli kumpulan 2PM berdarah campuran Thailand dan Amerika Syarikat ini mendapat julukan ‘Putera Thai’ kerana kekayaan keluarganya.

Difahamkan ibunya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat farmasi gergasi di Thailand.

Bapanya pula mewarisi perniagaan perubatan dan pendidikan turun temurun keluarga.

TZUYU

Anggota kumpulan TWICE ini dilahirkan dalam keluarga kaya yang cukup dikenali di Taiwan.

Nilai kekayaan keluarganya terhasil daripada rangkaian perniagaan yang diusahakan kedua orang tuanya seperti perniagaan pasar malam yang dibangunkan di sekitar bandar Tainan.

Pada masa yang sama, ibunya juga merupakan pemegang saham terbesar sebuah hospital di Taiwan selain memiliki beberapa klinik pembedahan plastik dan kafe.

SOO YOUNG

Bintang K-Pop berusia 35 tahun ini merupakan cucu kepada salah seorang taikun terkaya yang memiliki empayar perniagaan seni bina di Korea Selatan.

Datuknya juga merupakan individu penting bagi pembinaan Seoul Arts Center yang dibangunkan pada tahun 1988.

Manakala bapanya pula dilantik sebagai pengerusi sebuah syarikat pembinaan di Korea Selatan.

PARK HYUNG-SIK

Kekayaan keluarga pelakon dan juga ahli kumpulan ZE: A ini bukan rahsia kerana umum mengetahui dia sebagai anak kepada salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat automotif gergasi, BMW di Korea Selatan.

Ibunya pula meraih pendapatan menerusi profesionannya sebagai guru piano.

Usaha media tempatan untuk ‘mengorek’ maklumat mengenai nilai kekayaan keluarga bintang K-Pop ini tidak berhasil.

Hyung-Sik bagaimanapun sebelum ini tampil memperbetulkan khabar angin yang kononnya bapanya juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat gergasi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN