Diserang penyanyi bertaraf legenda, Shila Amzah ambil tindakan undang-undang

Diserang penyanyi bertaraf legenda, Shila Amzah ambil tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi popular, Shila Amzah, mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh seorang artis bertaraf legenda ketika sesi latihan bagi sebuah konsert yang dijadual berlangsung Jumaat ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (Igs) miliknya, penyanyi berusia 34 tahun itu berkongsi rakaman video yang memaparkan dirinya sedang membuat persembahan di atas pentas bersama penari iringan ketika insiden tersebut berlaku.

“Agak menakutkan bagaimana seseorang yang dipanggil legenda boleh menyerang saya secara terbuka di hadapan orang ramai.

“Nasib baik awak sudah berumur,”katanya.

Shila turut mendakwa tindakan individu terbabit telah menimbulkan rasa cemas (anxiety) yang memberi kesan terhadap emosi dan keselamatannya sebagai seorang artis.

Sementara itu, pembantu peribadi Shila, Aini Shuhaidah, menyatakan kekesalannya terhadap sikap tidak profesional legenda terbabit yang menurutnya berlaku di lokasi umum tanpa mengambil kira imej dan maruah pihak terlibat.

Aini turut memaklumkan bahawa tindakan undang-undang telah diambil bagi melindungi keselamatan serta kebajikan Shila susulan insiden tersebut.

Setakat ini, identiti individu yang dimaksudkan masih belum didedahkan, manakala pihak penganjur konsert dan wakil legenda terbabit belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN