LOS ANGELES: Walaupun bergelar jutawan dan selebriti terkenal, Kathy Hilton yang juga ibu kepada Paris Hilton membuktikan bahawa dia tidak kisah memakai pakaian murah asalkan bergaya dan selesa.
Dalam satu episod podcast popular Call Her Daddy baru-baru ini, bintang The Real Housewives of Beverly Hills itu mendedahkan bahawa dia baru sahaja membeli sehelai blazer jenis eyelet secara atas talian dengan harga hanya USD22 (RM104).
“Saya baru beli blazer eyelet. Harganya cuma USD22. Tapi ia nampak cantik jadi saya rasa saya boleh bernafas semasa pakai sebab kainnya jenis selesa,” katanya kepada hos rancangan, Alex Cooper.
Kathy juga menyebut nama jenama Shein yang dipercayai merujuk kepada jenama fesyen mampu milik Shein di atas talian yang menjadi antara platform kegemaran ramai pengguna.
Mendengar pengakuan itu, Cooper yang terkejut dan terhibur terus meminta Kathy menelefon Paris untuk berkongsi berita itu secara langsung.
“Saya sedang menemu bual ibu kamu sekarang, dan dia kata dia baru beli blazer dari Shein,” kata Cooper.
Paris, 44, yang terkenal dengan gaya fesyen mewah, kedengaran agak terkejut dan hanya membalas ringkas namun memuji tindakan ibunya itu.
Sebelum ini, beberapa selebriti lain turut dikaitkan dengan jenama Shein.
Antaranya, Teresa Giudice dari The Real Housewives of New Jersey dan anak-anaknya yang pernah bekerjasama dengan jenama itu pada tahun 2023.