Tuntut hutang, saya bersuara kerana ada rakan artis juga jadi mangsa - Naufal Azrin - Utusan Malaysia

Tuntut hutang, saya bersuara kerana ada rakan artis juga jadi mangsa – Naufal Azrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Naufal Azrin, mengakui terpaksa mengambil inisiatif menggesa bekas pihak pengurusannya segera menbayar hutang kerana enggan perkara itu berlarutan lebih lama lagi.

Malah, dia juga berbuat demikian sebagai wakil kepada mangsa-mangsa lain yang turut berhadapan dengan situasi sama.

“Saya terpaksa menggesa juga pihak terbabit membayar segera hutang bukan sebab nilainya semata-matanya. Tetapi saya mahu hak saya sebagai seorang individu harus diperjuangkan.

“Tambahan pula tiada gerakan apabila isu ini berlaku. Jadi biarlah saya bersuara buat artis-artis lain yang juga terkena dan menjadi mangsa,” katanya.

Jelas Naufal, sehingga kini dia masih menunggu baki hutang daripada bekas pihak pengurusan untuk dilunaskan setelah lebih setahun berlalu.

Malah, Naufal memaklumkan hasil perbincangan dengan pihak berkenaan sebelum ini juga gagal mencapai jalan penyelesaian.

“Ada berbincang, tapi hanya berjumpa jalan buntu.

“Perkara itu tak dapat selesai sedangkan boleh dilakukan secara baik. Dia menyukarkan keadaan,” ujarnya.

Terdahulu, Naufal menerusi satu hantaran di Instagram semalam, telah memuatnaik luahan berbaur berang mengenai isu ini.

“Habis bulan Jun ini kalau tak bayar lagi aku tunjuk muka handsome dia. Ini kali kita kasi lingkup,” katanya.

Berikutan itu, kata Naufal, dia tidak teragak-agak untuk memdedahkan identiti pihak terbabit sekiranya gagal melunaskan hutang berjumla kira-kira RM10,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN