Tragedi bas pelajar UPSI, apa solusi untuk elak terjadi lagi? - Alif Satar - Utusan Malaysia

Tragedi bas pelajar UPSI, apa solusi untuk elak terjadi lagi? – Alif Satar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tragedi bas yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), kelmarin, turut memberi kesan kepada penyanyi dan pengacara, Alif Satar.

Perkara itu diluahkan Alif dalam satu hantaran di Threads semalam.

Penyanyi berusia 35 tahun itu berkata, dia berasa hairan mengapa dirinya terlalu terkesan dengan insiden menyayat hati tersebut yang turut mendapat perhatian seluruh rakyat dalam negara.

“Kemalangan UPSI, saya rasa terkesan sangat. Tak tahu kenapa.

“Kemalangan bas macam ini dah banyak kali berlaku. Ketara sangat bas tersebut bergerak laju dan memotong di tengah selekoy jalan raya di tengah kegelapan malam!

“Apa agaknya solusi kepada insiden ini dan bagaimana kita perlu memastikan perkara seperti ini tidak terjadi lagi?”katanya.

Luahan penyanyi lagu Anugerah Terindah ini kemudiannya turut mendapat respons daripada warganet yang turut prihatin dengan tragedi yang sama.

Pada masa yang sama, segelintir pengikutnya di Threads turut berkongsi cadangan dan pandangan peribadi berhubung solusi bagi mengekang isu kemalangan seperti ini.

Terdahulu, kemalangan yang berlaku antara 12.30 hingga 1 pagi kelmarin itu telah meragut nyawa 15 penuntut UPSI selepas bas sewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim, Perak terbalik.

Insiden itu berlaku selepas bas terbabit terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN