Rockology Concert Tour 2025 tawar pelan bayaran mudah - Utusan Malaysia

Rockology Concert Tour 2025 tawar pelan bayaran mudah

Rockology Concert Tour 2025
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peminat muzik rock kini boleh menempah tiket Rockology Concert Tour 2025 dengan hanya bayaran pendahuluan 50%, menerusi pelan bayaran mudah yang diperkenalkan oleh penganjur konsert, RPM Events Sdn. Bhd.

Inisiatif ini memberi fleksibiliti kepada peminat dalam merancang kewangan mereka untuk menyaksikan persembahan dua lagenda rock tanah air, Dato’ Awie dan Search (Kid Din). Menurut Pengarah RPM Events, Dato’ Eddy, mereka mahu memastikan lebih ramai peminat dapat ‘lock’ tempat duduk tanpa beban kewangan.

“Rock adalah untuk semua, dan inisiatif ini membuka ruang kepada lebih ramai orang merasai kehangatan konsert berskala besar ini,” katanya.

Bayaran 50% boleh dibuat semasa pembelian tiket di UberTickets, manakala baki perlu diselesaikan tujuh hari sebelum konsert. Tiket yang tidak dilunaskan akan dibatalkan dan bayaran pendahuluan tidak dikembalikan.

Rockology Concert Tour 2025 akan berlangsung di Midtown PERDA, Pulau Pinang pada 21 Jun dan EduCity Sports Complex, Johor pada 5 Julai 2025, dengan harga tiket bermula RM98 hingga RM350 mengikut kategori.

Penganjur juga turut membuka peluang penajaan korporat dan rakan jenama. Dato’ Eddy berkata, “Ini bukan sekadar konsert, tetapi gerakan semangat rebel dan energi muzik rock.” Maklumat lanjut dan tiket boleh didapati di https://rpm.ubertickets.asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN