Paris Hilton beli rumah agam milik Mark Wahlberg - Utusan Malaysia

Paris Hilton beli rumah agam milik Mark Wahlberg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Selebriti terkemuka antarabangsa, Paris Hilton bersama suaminya, Carter Reum, telah membeli sebuah hartanah mewah yang terletak di kawasan elit Beverly Hills, Amerika Syarikat.

Difahamkan, kediaman baharu itu sebelum ini dimiliki oleh pelakon terkenal, Mark Wahlberg.

Memetik laporan The Wall Street Journal, pasangan tersebut telah membeli rumah agam berkeluasan kira-kira 30,500 kaki persegi itu dengan harga AS$63 juta (sekitar RM296 juta).

Hartanah yang terletak di atas tanah seluas enam ekar itu dilengkapi dengan 12 bilik tidur, padang golf lima lubang berserta kawasan memukul, gelanggang sukan, taman papan selaju serta bilik simpanan wain dan cerut.

Sebelun ini, Wahlberg membeli hartanah tersebut pada tahun 2023 bersama isterinya, Rhea Durham.

Pembelian rumah baharu ini dibuat selepas pasangan Hilton kehilangan kediaman mereka di Malibu akibat kebakaran hutan yang berlaku pada Januari lalu.

Ketika kejadian, Hilton memuat naik hantaran penuh emosi di Instagram mengenai kemusnahan rumah mereka secara langsung di kaca televisyen.

“Menyaksikan rumah kami di Malibu musnah dijilat api secara langsung di kaca TV adalah sesuatu yang tidak patut dialami oleh sesiapa pun.

“Rumah itu menyimpan banyak kenangan berharga, tempat Phoenix mengambil langkah pertamanya dan di mana kami merancang untuk membina lebih banyak kenangan bersama London,” tulisnya.

Hilton turut menyatakan rasa syukur kerana keluarganya selamat walaupun berdepan kehilangan besar.

“Hati dan doa saya bersama semua keluarga yang terkesan akibat kebakaran ini. Kepada mereka yang kehilangan rumah, kenangan dan haiwan peliharaan tersayang, saya amat bersimpati. Kemusnahan ini sukar untuk dibayangkan,” tambahnya.

Susulan insiden itu, Hilton berjaya mengumpul dana sebanyak AS$800,000 (sekitar RM3.7 juta) menerusi pertubuhan bukan keuntungannya, 11:11 Media Impact, bagi membantu usaha bantuan kebakaran di Los Angeles.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN