Degil minum air panas punca Wawa kena gastrik teruk - Aeril Zafrel - Utusan Malaysia

Degil minum air panas punca Wawa kena gastrik teruk – Aeril Zafrel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan usahawan selebriti, Aeril Zafrel, 37, memaklumkan isterinya, Wawa Zainal, terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami gastrik yang agak teruk semalam.

Menurut Aeril, keadaan itu berlaku kerana isterinya itu terlalu gemar minum air panas selepas disahkan doktor.

“Wawa sebenarnya kena gastrik semalam pergi ambil suntikan dan kena tahan di wad.

“Dia memang gastrik teruk, sampai tahan tak boleh berjalan.

“Sebanarnya dia degil tak nak pergi ke hospital tapi saya cakap kalau awak tak nak pergi nanti kita susah dan akan kacau semua perancangan

“Dia gastrik kerana suka minum air panas walaupun doktor dah nasihatkan tapi dia degil juga. Dia masuk wad satu hari sahaja, harini sudah keluar,” ujarnya.

Aeril berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis sidang media Pelancaran Komik Kolaborasi Under18 x Klepet di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL) pada Ahad.

Dalam perkembangan lain, Aeril turut mengumumkan penglibatannya sebagai penerbit eksekytif filem komikal berjudul klepet yang menyaksikan kolaborasinya bersama komik under 18 terbitan Kadokawa Gempak Starz.

Menurut Aeril, filem tersebut turut mendapat kerjasama studio ‘Respected Citizen yang menyaksikan gabungan dunia komik dan filem dalam satu naskhah sama.

Filem tersebut turut dibarisi pelakon seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, dan Meerqeen serta diarahkan oleh Indra Putra serta dijangka bakal ditayangkan hujung tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN