Nikah di usia 48 tahun, Qi Razali kini suami Wardah - Utusan Malaysia

Nikah di usia 48 tahun, Qi Razali kini suami Wardah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setelah sekian lama membujang, pelakon, Qi Razali, 48, akhirnya selamat bernikah dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Wardah Mahbob, 30, hari ini.

Difahamkan, majlis pernikahan yang berlangsung di Gopeng, Perak, itu telah berlangsung dalam suasana tertutup dan dihadiri cuma tetamu jemputan seramai 150 orang.

Dipercayai, majlis tersebut hanya dihadiri rakan terdekat termasuk keluarga kedua-dua belah pihak.

Pada majlis berkenaan, Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali Wong, dikhabarkan telah memberikan mas kahwin berjumlah RM101.00 kepada pasangannya namun jumlah hantaran dirahsiakan.

Majlis tersebut telah mendapat sentuhan dekorasi daripada The Calla dengan berkonsepkan alam bunian.

Justeru, tetamu yang hadir turut dilihat mengenakan persalinan serba putih termasuk Qi dan pasangannya sebagai Raja Sehari.

Sebelum ini, pelakon filem Babah ini pernah memaklumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini namun tidak mendedahkan identiti bakal isterinya ketika itu.

Bagaimanapun, kata Qi, wanita berkenaan juga berkerja di dalam industri seni yang sama namun bukan berada di hadapan kamera.

Qi sebelum ini juga pernah beberapa kali menjalin hubungan cinta termasuk bersama rakan artis namun putus di tengah jalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN