Ketika putus asa, Dahlia selamatkan saya - Haneesya Hanee - Utusan Malaysia

Ketika putus asa, Dahlia selamatkan saya – Haneesya Hanee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Haneesya Hanee meluahkan rasa syukur apabila ramai penonton menerima baik watak Dahlia yang dilakonkannya dalam drama berjudul Dia Imamku.

Menurut Haneesya, kepercayaan orang ramai untuk dia membawakan watak itu memberi makna buat dirinya sebagai seorang pelakon.

“Tamatlah sudah 53 episod Dia Imamku. Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang percaya saya.

“Kepercayaan yang diberi pada saya untuk menjayakan watak ini sangatlah bermakna untuk saya,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Bekas peserta Dewi Remaja itu juga tidak menolak bahawa watak itu diberi ketika dia mulai rasa putus asa dan berbelah bahagi untuk kerana bimbang dengan penerimaan dan komen warganet.

“Dahlia selamatkan saya. Di saat saya rasa putus asa, Allah bagi watak ini dekat saya.
Sejujurnya saya separuh hati hendak ambil watak ini kerana takut dengan warganet punya komen.

“Saya tahu mesti saya akan kena macam-macam seperti sebelum ini banyak sangat yang menghina fizikal saya apa semua.

“Sebelum saya ambil watak ini saya sudah pun membayangkan komen warganet.Selain itu, watak ini sangat berbeza daripada apa yang saya pernah lakonkan sebelum ini. Saya seronok dan tertekan jadi dia tapi sikit pun tidak menyesal jadi Dahlia,” ujarnya.

Sementara itu, Haneesya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menonton dan menjayakan drama itu serta berharap bakal bekerjasama lagi pada projek yang akan datang.

“Terima kasih kepada pengarah, produksi dan semua pelakon. Semua sangat professional dan senang bekerjasama. Semoga ada rezeki dalam projek akan datang.

“Ribuan terima kasih kepada semua penonton, drama ini meletop sebab anda semua.

“Kali ini Lia (nama watak) betul-betul tidak buat hal dah,” katanya berseloroh.

Terdahulu, watak Dahlia yang sering menjadi batu api, menjaja fitnah dan akan lakukan apa sahaja demi berkahwin dengan orang kaya, mengundang raa tidak puas hati warganet yang menonton drama itu.

Drama adaptasi Dia Imamku, karya Siti Rosmizah arahan Feroz Khadir menampilkan Siti Saleha dan Kamal Adli sebagai watak utama, ditayangkan sebanyak 53 episod dan telah tamat pada Khamis, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN