Hargai teguran tetapi tak kan saya perlu meratapi kematian suami 24 jam?

Hargai teguran tetapi tak kan saya perlu meratapi kematian suami 24 jam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas personaliti TV, Siti Rohkhaida Abdul Kalil, 46, mengakui tersinggung apabila segelintir warganet kerap kali mengingatkannya mengenai tempoh iddah setelah suaminya meninggal dunia pada April lalu.

Menurut Rohkaida atau nama dikenali sebagai Kiah Propa, setiap hari pasti dia menerima mesej langsung (DM) atau teguran mengenai tempoh iddah diterima sewaktu menjayakan sesi live dan perkara itu sedikit sebanyak mengganggu ketenteramannya.

Sejak suami meninggal dunia hinggalah sekarang hari- hari ada saja yang teguran daripada netizen yang ingatkan saya mengenai Iddah.

“Saya hargai teguran mereka kerana saya pun tidak sempurna dan ada kalanya saya juga melakukan kekhilafan. Tapi adakah mereka nak tengok saya perlu meratapi kematian suami 24 jam?

“Saya ada banyak komitmen, saya ada keluarga, rumah, kereta, perniagaan dan saya juga pekerja yang ke semua mereka berada di bawah tanggungjawab saya.

“Kalau saya terus meratap dan terbawa-bawa dengan emosi, bagaimana dengan kebajikan anak-anak, keluarga dan pekerja saya?” katanya.

Menurut ibu dua cahaya mata berusia 13 dan 9 tahun itu, selama ini dia mengambil sikap tidak peduli dengan teguran warganet itu.

Namun, kata Kiah, lama kelamaan dia terasa hati kerana ada saja yang akan mempertikaikan apa dilakukan.

“Tak akanlah saya tak boleh keluar mencari rezeki langsung? Sampaikan saya gunakan ‘filter’ sewaktu live pun ada yang tegur dan ingatkan saya mengenai iddah kerana menyangka saya bersolek.

“Saya pakai baju atau tudung berwarna pun salah, sedangkan saya hanya pakai tudung sarung berona kusam. Agaknya mereka nak tengok saya berselubung hitam 24 jam.

“Kalau boleh saya tak nak ada masalah dengan netizen kerana saya berniaga. Saya bukanlah tak boleh ditegur tapi kalau hari-hari asyik cakap benda yang sama, saya terpaksa bersuara.

“Lainlah jika mereka nak tanggung dan beri makan kami anak-beranak, barulah saya tak payah buat live hari-hari,” katanya.

Allahyarham Mohamamad Nazri Ismail meninggal dunia di usia 57 akibat kanser lidah dan kelenjar air liur pada hari raya kedua yang lalu.

Kiah Propa dan Allahyarham Mohammad Nazri mendirikan rumah tangga pada 2011, namun, bercerai pada 2016 dan rujuk semula pada 16 November lalu.

Ketika itu, Kiah dilapor melamar suaminya dengan niat ingin menjaganya yang menghidap kanser. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×