Jeslina Hashim janggal dipanggil Che Puan - Utusan Malaysia

Jeslina Hashim janggal dipanggil Che Puan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pelakon, Jeslina Hashim,47, mengakui agak janggal dengan gelaran Che Puan yang disandang selepas berkahwin dengan Kerabat Diraja.

Menurut Jeslina, secara peribadi dia lebih selesa dipanggil sebagai Jes, panggilan yang selama ini umum ketahui.

“Panggil saya ajes. Saya tak biasa dengan gelaran Che Puan. Kalau orang panggil saya Che Puan pun, saya akan beritahu panggil Jes sahaja,”katanya.

Jeslina berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single Radar oleh penyanyi baharu, Tunku Ines yang berlangsung di sebuah hotel, baru-baru ini.

Selain itu, penyanyi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia ini turut berkongsi kesibukannya menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu setelah kembali berumah tangga.

“Kalau ditanya mengenai kehidupan saya sekarang, saya gembira. Tak sampai setahun pun lagi kami berkahwin. Sekarang, saya sibuk menjaga suami dan rumah tangga.

“Anak-anak saya juga sudah besar, jadi saya membantu mereka dari segi pendidikan, pemandu untuk mereka keluar dan sebagainya,” katanya.

Dari aspek karier nyanyian, kongsi Jeslina dia tidak mempunyai perancangan untuk kembali dalam bidang seni ketika ini.

Bagaimanapun, dia mengakui rindu untuk menyanyi setelah sekian lama memutuskan untuk berehat dari dunia seni.

“Memang saya rindu nak menyanyi, tapi saya ada masalah dengan tekak. Saya bercakap pun sudah kedengaran lain, jadi saya harap ada peluang tekak saya sembuh untuk kembali menyanyi.

“Sebelum ini, saya juga ada gastrik, jadi doktor kata ada ‘acid burn’ di kotak suara. Lagu-lagu lama pun saya sudah tak boleh nyanyi. ‘Key’ pun sudah tak boleh ‘hit dan ia sudah berlarutan lebih 10 tahun begini.

“Saya juga tiada buat sebarang rawatan buat masa ini kerana tiada perancangan untuk kembali menyanyi. Menyanyi ‘manja-manja’ di rumah bolehlah,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai penerimaan suami senadainya dia mahu kembali menyanyi, kata Jeslina, dia sentiasa mendapat sokongan daripada suami tersayang.

“Suami saya tak kisah sama ada saya nak menyanyi atau berlakon. Kalau saya nak kembali menyanyi dia juga gembira,” katanya yang kini sibuk dengan perniagaan barang kemas.

Jeslina berkahwin dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman iaitu Tunku Eddy Nasruan Adi dalam satu majlis tertutup pada tanggal 10 Ogos tahun lalu.

Sebelum itu, penyanyi ini pernah berkahwin dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Micah, 15, dan Keira, 13.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya