10 bulan lepas saya sudah timang cahaya mata baharu - Afdlin Shauki - Utusan Malaysia

10 bulan lepas saya sudah timang cahaya mata baharu – Afdlin Shauki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Nampaknya usia bukan satu penghalang buat pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki untuk menimang cahaya mata baharu hasil perkahwinannya dengan isteri, Datin Marcella sejak dua tahun lalu.

Perkara itu dikongsikan Afdlin sambil meluahkan rasa syukur kerana Allah mengurniakan rezeki zuriat buatnya meski kini di tangga usia 54 tahun.

Menurut Afdlin, kehadiran zuriatnya itu menyuntik makna yang istimewa buat ya sekeluarga.

“Sekitar 10 bulan lepas, saya dah menimang seorang cahaya mata.

“Alhamdulillah, kami bersyukur sangat-sangat kerana mendapat rezeki seorang anak perempuan,”katanya.

Jelas Afdlin, pengalaman menimang cahaya mata di usia ini tentunya memberikan perspektif berbeza terutama setelah sekian lama tidak berada di fasa ini.

“Perasaan saya ada anak kecil ketika di usia sekarang, sangat seronok seperti diberi peluang kedua untuk menjadi seorang bapa.

“Saya rasa sangat gembira dapat menjaga anak kecil pada umur sekarang,”katanya.

Afdlin berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Global Station, baru-baru ini.

Mengenang kembali zaman menjadi bapa muda, Afdlin berkata ketika itu dia terlalu sibuk bekerja demi memberikan kehidupan terbaik kepada anak-anak, namun masa bersama mereka agak terhad.

“Dulu sebagai bapa yang muda, saya sibuk bekerja sebab nak berikan yang terbaik untuk anak-anak tapi akhirnya tak berjumpa dengan anak. Tahu-tahu anak-anak dah besar.

“Tapi bila sekarang, saya dapat luangkan lebih masa dengan anak,”katanya.

Dalam pada itu, Afdlin menjelaskan belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya kepada umum dan hanya akan berbuat demikian apabila anaknya mencecah usia lebih dua tahun.

Afdlin juga akui dia mengambil pendekatan untuk tidak terlalu berkongsi hal-hal peribadi kepada umum kerana menghormati dan menjaga privasi keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN