Fazura kongsi pengalaman berpuasa Fatima - Utusan Malaysia

Fazura kongsi pengalaman berpuasa Fatima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti dan pelakon jelita tanah air, Nur Fazura berkongsi pengalaman pertama puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya Abdul Fattah yang teruja untuk turut sama berpuasa sempena bulan Ramadan ini.

Bagaimanapun, kata Fazura, pengalaman pertama kali berpuasa Fatima nampaknya menemui kegagalan meskipun anak kecil berusia lima tahun itu menunjukkan sifat ingin mencuba.

“Saya sajalah nak kongsikan dengan semua. Hari pertama berpuasa saya dan Fatima. Dia bangun dan dia makan. Setelah makan, dia naik
ke bilik dan tidur.

“Selepas itu saya katakan pada dia, Nyama jom ke bawah untuk ajak dia makan tengah hari. Lepas itu dia cakap pada saya ‘mummy saya tak nak makan. Saya kan puasa.

“Sudah makan banyak, dia ‘isytihar’ dia puasa. Itulah pengalaman pertama Fatima buat pertama kalinya berpuasa pada tahun ini gagal,”katanya.

Perkara itu dikongsikan Fazura di Instagram Story (Igs) semalam.

Selain itu, menerusi video itu, Fazura juga berkongsi bahawa keadaan Fatima juga tidak begitu sihat namun tetap mahu ‘berpuasa’.

“Fatima kira sudah berpuasalah bukan walaupun dalam keadaan tidur, bangun lambat pukul 11 pagi memandangkan dia makan ubat sebab tak berapa sihat.

“Selepas itu dia makan, hujungnya dia ‘isytihar dia puasa,”seloroh Fazura.

Sebelum ini, aktres filem Gol dan Gincu itu ada menyatakan bahawa Ramadan kali ini menyuntik keterujaan buatnya kerana Fatima mahu belajar berpuasa.

Fazura memberitahu dia sudah mula mendidik anaknya itu mengenai kewajipan berpuasa sejak tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN