Bertunang November lalu, Wanna Ali enggan kongsi tarikh nikah - Utusan Malaysia

Bertunang November lalu, Wanna Ali enggan kongsi tarikh nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Berkongsi foto-foto pertunangannya di media sosial hari ini, pelakon, Wanna Ali, bagaimanapun mengakui majlis tersebut telah selamat berlangsung pada 9 November lalu.

Mengakui kini merupakan tunang kepada jejaka bernama Khairil Amri, Wanna bagaimanapun enggan berkongsi mengenai tarikh pernikahannya kepada umum.

“Kami sebenarnya sudah mengadakan majlis pertunangan pada 9 November tahun lalu, namun hanya berkongsi berita ini hari ini.

“Alhamdulillah, selepas berdoa di Makkah agar ditemukan dengan jodoh yang tepat, akhirnya saya dipertemukan dengan insan bernama Khairil Amri.

“Mengenai tarikh pernikahan, saya akan maklumkan nanti,” katanya.

Wanna berkongsi, dia mula mengenali anak kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar itu sejak tahun lalu.

“Dia mula menyedari kehadiran saya selepas kawan saya memuat naik foto saya di akaun media sosialnya.

“Ketika itu, dia meminta kawan saya untuk mengajak saya keluar makan. Saya beberapa kali menolak ajakannya, namun akhirnya saya bersetuju.

“Selepas beberapa bulan berkenalan, kami menyedari kami mempunyai persamaan yang sama, iaitu sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

“Saya juga pernah memberitahunya sebelum ini, jika perkenalan ini hanya sekadar suka-suka, saya tidak mahu membuang masa. Namun, dia menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan untuk berkahwin,” katanya.

Terdahulu, Wanna berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan dirinya mengenakan persalinan baju kurung bewarna biru muda selain berkongsikan wajah bakal suaminya itu.

“Alhamdulillah, semakin hampir. Dua hati, satu janji, seumur hidup bersama. Doakan kami,” tulisnya.

Difahamkan jejaka yang sedang bertakhta di hati pelakon itu adalah anak kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN