Strok haba, Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital - Utusan Malaysia

Strok haba, Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI : Aktor terkemuka Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi kelmarin.

Menurut laporan, pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu berada Ahmedabad untuk menyaksikan perlawanan kriket, Indian Premier League (IPL) membabitkan pasukan Kolkata Knight Riders (KKR) dan Sunrisers Hyderabad (SRH) ditemani anaknya, Suhana dan Abram.

Selesai perlawanan, Shah Rukh Khan tiba di Narmada Hotel, namun keadaannya semakin teruk pada keesokan hari sebelum dikejarkan ke hospital.

Shah Rukh Khan diserang strok haba dan dehidrasi berikutan cuaca panas melampau di Ahmedabad apabila dilaporkan suhu mencecah 45.2 darjah Celsius pada Selasa lalu dan 45.9 darjah Celsius pada keesokannya.

Bagaimanapun, aktor itu dilaporkan semakin stabil.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh rakan artis yang juga pelakon terkenal India, Juhi Chawla.

“Shah Rukh Khan tidak berapa sihat kelmarin, selepas beliau dirawat kini keadaannya sangat baik.

“Beliau juga nanti akan turun menyaksikan perlawanan akhir kriket yang dijadualkan pada 26 Mei ini, yang pastinya akan menceriakan pasukan,” katanya kepada News18.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya