Tak perlulah stres atas kebodohan orang lain - Kasih Iris Leona - Utusan Malaysia

Tak perlulah stres atas kebodohan orang lain – Kasih Iris Leona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pempengaruh dan anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona, membidas kritikan dan kecaman yan dilemparkan warganet kepadanya berikutan gagal menyanyikan lagu Ketipak Ketipung Raya nyanyian asal Aisha Retno dan Aziz Harun dengan baik.

Menerusi beberapa hantaran di Tiktok, Leona meminta warganet usah terlalu serius dengan menghentam dirinya.

“Awak semua kena belajar terima jenaka. Hidup ini janganlah serius sangat okey. Tak perlu stres atas kebodohan orang lain. Kalau saya bodoh, ada susahkan hidup awakkah?

“Kalau rasa tak kelakar, tak payahlah gelak. Siapa suruh awak gelak?”katanya.

Selain itu, kata Leona, dia juga mengakui sudah tahu cara sebutan sebenar bait-bait lirik lagu tersebut itu kini setelah berlatih berulang kali.

“Ya sekarang saya dah tahu nak sebut Ketipak Ketipung itu. Relaks. Yang marah-marah ini mesti ketiak awak bau busuk. Sebab itulah awak marah saya nyanyi pasal bawang dengan ketiak yang busuk.

“Awak tahu bukan, siapa yang makan cili akan rasa pedasnya. Ketiak saya tak busuk, sebab itu saya tak terasa,”selorohnya.

Dalam pada itu, Leona sempat berkongsi bahawa dia pernah menyimpan angan-angan untuk menjadi penyanyi namun terpaksa melupakan hasrat itu kerana sedar dirinya bukan seorang yang berbakat dalam bidang tersebut.

Terdahulu, Leona menjadi bahan bualan dan perhatian warganet apabila dia memuat naik video di Tiktok berdepan dengan kesukaran menyanyi lagu Ketipak Ketipung Raya dengan baik.

Menyanyi dengan lirik yang salah dan berbaur humor, Leona juga dikecam kerana pelat berbahasa Melayu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya