Kardinal sokong industri seni kreatif tempatan - Utusan Malaysia

Kardinal sokong industri seni kreatif tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Memasang hasrat untuk melakar dan melebar sayap lebih jauh, jenama Kardinal, meletakkan kepercayaan bahawa jalinan yang baik dengan industri seni kreatif mampu menyuntik sinergi positif antara satu sama lain.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daniel Ong, ia dizahirkan menerusi penganjuran Rumah Terbuka IllumiRaya yang diadakan berlangsung di Boathouse by The Lake, Ampang, semalam.

Kata Daniel, menerusi penganjuran majlis tersebut, kehadiran rakan-rakan artis menyaksikan sokongan yang padu dan tentunya memberi makna buat Kardinal.

“Penganjuran Rumah Terbuka IllumiRaya dilihat sangat meriah dengan kehadiran artis-artis berpengalaman dan baharu serta penggiat seni dalam pelbagai bidang. Kami berharap IllumiRaya meninggalkan kesan yang positif dan berkekalan buat semua yang hadir.

“Menerusinya, saya yakin hubungan baik antara Kardinal dengan golongan selebriti dan penggiat seni mampu menjadi jambatan sokongan yang positif untuk industri seni tempatan dengan pada masa yang sama, memasang matlamat membantu rakyat Malaysia berhenti merokok.

“Paling utama, saya mahu semua tahu bahawa kami menyokong seni, muzik, teknologi baharu, dan banyak lagi-kami ingin menyinari komuniti kreatif lokal,”katanya.

Pada majlis tersebut, antara artis yang membuat persembahan adalah Amy Search, Lunadira, Midnight Fusic, GARD WUZGUT, Kicau-Bilau, dan Jemput Dengar.

Dalam pada itu, Kardinal turut memperkenalkan Raya Discovery Pack Lumina secara eksklusif di musim perayaan ini.

Untuk info, Kardinal ditubuhkan pada tahun 2017 dan telah memenangi pelbagai anugerah industri dan kini
sedang berkembang ke seluruh dunia dengan tumpuan kepada pasaran tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya