Filem kontroversi Siksa Neraka bakal ditayangkan di Netflix - Utusan Malaysia

Filem kontroversi Siksa Neraka bakal ditayangkan di Netflix

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Selepas mendapat kritikan termasuk diharamkan tayangannya di seluruh pawagam tempatan, filem kontroversi daripada produksi Indonesia, Siksa Neraka bakal menemui penonton di platform alternatif, Netflix pada 25 April ini.

Sebelum ini, filem thriller arahan Anggy Umbara itu turut diharamkan di Brunei dan dikatakan tidak sesuai ditonton terutama bagi masyarakat Muslim kerana terdapat beberapa babak yang sensitif.

Perkara tersebut pernah ditegur oleh seorang penceramah bebas, Dr Nur Muhammad Hadi Zahalan atau Hadi Almaghribi yang menjelaskan mengenai larangan melakonkan keadaan di syurga dan neraka.

Jelasnya, tiada seorang pun dalam kalangan manusia yang mengetahui keadaan sebenar di dalam syurga mahupun neraka selain Baginda Rasulullah SAW.

Menurutnya Hadi, lakonan seolah-olah berada di syurga dan neraka itu juga boleh membuka ruang kepada orang lain untuk mempersendakan agama dengan mengatakan sekiranya beginilah neraka, maka tiada masalah untuk mereka masuk ke dalamnya.

Siksa Neraka merupakan adaptasi daripada sebuah komik bertajuk ‘Siksa Bagi Para Pelacur’ terbitan produksi Dee Company.

Filem itu mengisahkan mengenai empat adik-beradik iaitu Saleh, Fajar, Tyas dan Azizah yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang menitik beratkan soal agama serta didedahkan dengan kisah syurga dan neraka sejak kecil lagi.

Antara barisan pelakon filem Siksa Neraka dari Indonesia.

Kerjaya bapa mereka sebagai seorang ustaz yang dihormati penduduk kampung membuatkan empat adik-beradik itu diberi harapan untuk mewarisi keimanan dan akhlak mulia agar dapat membawa mereka sekeluarga ke syurga.

Pada suatu malam, Saleh dan adik-adiknya menyelinap keluar rumah untuk pergi ke kampung seberang yang dipisahkan oleh sebatang sungai yang deras sebelum hanyut dan hilang dibawa arus.

Namun secara tiba-tiba, Saleh terbangun di alam lain yang mirip dengan neraka yang sering diceritakan oleh ayahnya.

Saleh menyaksikan sendiri pelbagai bentuk seksaan yang mengerikan seperti lidah yang dikerat, tangan yang dipotong, sengatan berbisa makhluk raksasa, serta manusia yang dipanggang di atas api membara yang menjulang tinggi.

Maka terbukalah segala aib dan dosa yang pernah dilakukan oleh Saleh, Fajar, Tyas dan Azizah ketika hayat masih dikandung badan.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini ialah Safira Ratu Sofya, Kiesha Alvaro, Ariyo Wahabs.

Filem Siksa Neraka ini diadaptasi dari sebuah komik karya MB Rahimsyah berjudul ‘Siksa Bagi Para Pelacur’ yang popular pada tahun 1990-an di Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya