‘Duit, segala harta tidak boleh beli privasi’ - Utusan Malaysia

‘Duit, segala harta tidak boleh beli privasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMA PASANGAN ini menjadi hangat di media sosial beberapa purnama sebelum ini. Pelbagai fitnah, dakwaan yang dihamburkan. Namun tidak sekali pun mereka lantang menjawab segala spekulasi ciptaan.

Baik Aiman Hakim Redza atau Zahirah McWilson, berdiam itu lebih baik. Tidak usah menambahkan minyak dalam api yang sedang marak. Lagi diusik, lagi membara. Lantas, biarkan sahaja.

Bukan senang sebenarnya untuk bertemu empat mata dengan pasangan ini. Seolah-olah mereka menjalani kehidupan sebagai selebriti dengan tahap privasi yang cukup tinggi. Perkongsian media sosial juga seakan diatur.

Tidak mahu terlalu menunjukkan sisi hidup sebagai manusia biasa yang jauh dari gemerlapan dunia seni yang semua sedia maklum penuh ‘drama’ nya sendiri. HITS mengorek rahsia privasi pasangan sama cantik sama padan.

H: Walaupun Zahirah sedang sarat mengandung dan kurang aktif dalam dunia lakonan, nampak gayanya rezeki tetap melimpah ruah ya. Ada sahaja jenama tempatan dan antarabangsa yang bekerjasama dengan kalian. Kali ini dengan Clarks pula.

A: Alhamdulillah, rezeki itu sentiasa ada. Kami anggap ini rezeki untuk anak-anak. Bangga juga tengok muka Isaac terpampang di papan-papan iklan Clarks. Nasib baik, dia okay sahaja ketika penggambaran iklan.

Dia selalu juga ikut saya atau Zahirah pergi penggambaran, jadi dari situ mungkin dia sudah tengok cara kami bekerja. Produksi pun membantu juga. Syarat bekerja dengan kanak-kanak ini, kena ikutlah cara mereka.

H: Macam Zahirah sendiri, memang tetap bekerja walaupun sedang sarat mengandung ya? Isaac pula bagaimana, teruja tak untuk dapat adik baharu? Sudah boleh umum jantina kah?

Z: Alhamdulillah, selagi ada kudratnya kan. Cuma kalau tawaran drama itu saya tidak terima lah. Kalau kerjasama untuk iklan atau review di media sosial, itu masih boleh lagi. Selagi boleh orang kata.

Jantina kami sudah tahu tetapi rahsialah kan. Isaac pula sangat teruja untuk bertemu adik dia. Dia selalu bercakap dengan adik dia. Dia bagitahu semua orang yang dia akan jadi abang. Walaupun masih kecil, dia ada sigfat kematangan seorang abang itu.


H: Nampak gayanya kalian beraya di rumah baharu tahun ini. Rezeki anak-anak kan. Macam mana Aiman uruskan semua, dengan pindah rumah lagi, hendak sambut kelahiran anak kedua lagi kan.

A: Bila kita sedar yang keluarga semakin membesar, saya jadi teruja sendiri. Lebih-lebih lagi kami berpindah ke kediaman baharu. Cuma perjalanan ke rumah baharu itu ada ‘drama’ sendiri lah.

Kami tak berapa berkenan dengan struktur baharu dan hiasan dalaman yang diuruskan pihak lain, jadi akhirnya saya putuskan untuk bertukang sendiri. Eam bulan saya bertukang sendiri, fokus rumah.

Memang hari-hari saya bertukang siapkan rumah, lebih puas bila tengok hasil kudrat diri sendiri kan. Sebab itu saya ada menolak beberapa tawaran kerana komitmen pembinaan rumah. Selagi tak siap, dia rasa tak seronok.

H: Mungkin kalau terjadi kepada artis atau individu lain, mereka akan lantang berkokok di media sosial. Tetapi Aiman tidak. Lebih suka mendiamkan diri dan bekerja sendiri? Bagitu?

A: Bagi saya, memang kesilapan kontraktor itu merugikan tetapi saya tak boleh nafikan ada kerja-kerja yang telah mereka lakukan. Walaupun tidak sempurna dan menepati kehendak kami, tetapi itu lumrah kan.

Saya tak mahulah kritik semata-mata. Apa yang rugi, tak apalah. Kami selesai dengan cara sendiri. Secara peribadi, apa pun yang berlaku dalam hidup, media sosial bukan cara terbaik untuk ‘melepaskan’ amarah.

Akhirnya, apa yang kita dapat? Kami berdua lebih senang dengan cara begitu. Media sosial itu lebih kepada tempat berkongsi perihal kerja. Tidak semua kita perlu kongsi pun di media sosial. Privacy is gold.

H: Aiman dan Zahirah memang mementingkan privasi? Biarpun ada yang berkata, pengorbanan terbesar sebagai seorang anak seni adalah kehidupan peribadi?

A: Bagi saya, kekayaan sebenar adalah rahsia kehidupan yang dijaga sendiri. Privasi adalah perkara paling mahal. Duit atau segala harta dalam dunia tidak boleh beli privasi.

Kita perlu bijak dalam mengawal apa yang mahu dan boleh dikongsi. Macam saya cakap, tidak semua orang perlu tahu. Adakala, cukup kita, keluarga dan mereka yang terdekat sahaja tahu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya