Ziana Zain mahu ajar masyarakat urus kewangan, bebas hutang - Utusan Malaysia

Ziana Zain mahu ajar masyarakat urus kewangan, bebas hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Ziana Zain, dilantik sebagai duta organisasi perancangan kewangan dan bebas hutang, CSA Academy.

Ziana atau Siti Roziana Zain, 55, menyifatkan pelantikan ini sebagai tanggungjawab besar untuk menyebarkan informasi tentang pengurusan kewangan yang baik kepada masyarakat.

“Sejujurnya saya sendiri suka perkara melibatkan pengurusan kewangan kerana secara tidak langsung dapat bertemu ramai orang, berkongsi ilmu dan pengalaman baru.

“Maklumlah kadang-kadang kita berbelanja tidak sepadan dengan hutang, jadi CSA Academy membantu dengan memberi ilmu bagaimana menguruskan semuanya dengan bijak.

“Dengan pelantikan saya sebagai duta rasmi CSA Academy selepas Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datuk Jalaluddin Hassan, saya harap lebih ramai lagi yang akan menyertai CSA Academy,” kata Ziana dalam satu siaran akhbar.

Seiring pelantikan penyanyi Madah Berhelah itu, sebuah lagu tema dihasilkan bertajuk Semangat Wira yang bakal dilancarkan pada Mei 2024.

Selain Ziana, CSA Academy juga memiliki duta rasmi dalam kalangan individu berpengaruh termasuk Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan aktor berkaliber, Datuk Jalaluddin Hassan.

Terdahulu CSA Academy diumumkan selaku penaja utama Konsert Ziana Zain 2024 yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024.

Konsert Ziana Zain 2024 merupakan anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama Altus ProHouse.

Ziana sedang giat mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk memastikan dapat memberi persembahan terhebat mengalukan peminat untuk mendapatkan tiket sementara ia masih berada di pasaran.

Tiket-tiket berharga RM288 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM688 (DIAMOND), RM888 (VIP 2), RM1,088 (VIP 1) boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN