Oscar 2024: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik milik Da'Vine Joy - Utusan Malaysia

Oscar 2024: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik milik Da’Vine Joy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon, Da’Vine Joy Randolph diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita di Anugerah Akademi atau Oscar 2024 menerusi filem lakonannya, The Holdovers.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Da’Vine berjaya mengenepikan calon-calon lain iaitu Emily Blunt menerusi filem Oppenheimer, Danielle Brooks (The Color Purple), America Ferrere (Barbie) dan Jodie Foster (Nyad).

Anugerah berprestij itu disampaikan lima pemenang terdahulu, Regina King, Jamie Lee Curtis, Rita Moreno, Lupita Nyong’o, dan Mary Steenburgen kepada Da’Vine.

“Tuhan sangat baik. Saya tak pernah sangka akan menjadikan lakonan sebagai satu kerjaya.

“Saya bermula sebagai penyanyi dan ibu saya pernah berkata, ‘Pergi lintas jalan sana dan pergi ke jabatan teater. Ada sesuatu untuk kamu di sana’. Untuk itu, saya sangat berterima kasih kepadanya,” katanya semasa memberi ucapan.

Menerusi filem The Holdovers, Da’Vine memegang watak sebagai Mary Lamb, seorang ibu yang kematian anaknya dan bekerja sebagai tukang masak di sekolah.

Walaupun sekadar membawakan watak pembantu, lakonannya sebagai Mary Lamb yang sangat dingin dengan pelajar-pelajar di sekolah elit itu benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya