Mungkin nampak macam saya mengada-ngada dengan mak - Nubhan - Utusan Malaysia

Mungkin nampak macam saya mengada-ngada dengan mak – Nubhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan selebriti, Nubhan Ahamad, 38, mengakui, dia tidak kisah andai dilihat seolah-olah sering mengada-ngada dengan ibunya, Badariah Omar, 79, atau lebih mesra dengan panggilan Mak Jenny yang popular di media sosial.

Menurut Nubhan, dalam kalangan lapan adik-beradik, dia adalah antara yang suka mengusik ibunya dan telatahnya bersama Mak Jenny itu setakat ini banyak menghiburkan peminatnya.

“Saya ada lapan adik-beradik dan ada abang-abang. Tetapi, saya akui, nakal saya sebagai anak lelaki itu sama sahaja dengan abang-abang yang lain kalau di rumah.

“Macam mana mak saya marah abang-abang, macam itulah saya akan kena juga. Namun, yang kuat mengusik mak, suka kacau mak , memang sayalah.

“Walaupun saya kelihatan sangat mengada-ngada dengan mak, sangat menggeletis dengan mak, tetapi saya sentiasa mahu lakukan yang terbaik buat dia,”katanya dalam satu temu bual.

Selain itu, Nubhan juga berkongsi ada menghasilkan sebuah lagu yang ditujukan khas buat ibunya itu dan diberi judul Kekasihku Untukku pada tahun lalu.

Katanya, ia sebagai tanda kasih dan sayang buat ibunya itu selain menerapkan mesej kepada orang ramai supaya sentiasa berbakti kepada orang tua selagi mereka masih ada.

“Saya mahu lagu ini menjadi bukti dan nak tunjuk kepada anak-anak saya nanti. Ia juga bukti kalau kita buat baik terhadap orang tua, balasan baik pasti dapat.

“Lagu yang saya nyanyikan ini memang khas untuk Mak Jenny. Pada masa yang sama, saya nak orang ramai sama-sama menghayati lagu ini yang menceritakan kasih sayang kepada ibu.

“Memandangkan saya pun sudah tidak ada ayah, jadi saya curahkan segalanya kepada mak,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN