Berlian buah tangan Joe Flizzow dan Gard - Utusan Malaysia

Berlian buah tangan Joe Flizzow dan Gard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas hadir dengan dokumentari This is Johan, penyanyi rap terkemuka tanah air, Joe Flizzow kini tampil dengan single terbaru berjudul Berlian bersama penyanyi, Gard.

Menurut Joe, Gard yang muncul di 16 Baris telah memberi keyakinan kepadanya untuk duet tersebut menerusi gaya vokalnya yang luar biasa.

Berkongsi mengenai karya terbaharunya itu, kata Joe, Berlian adalah metafora tentang sifat sementara kehidupan yang mendorong individu untuk merangkul setiap saat sepenuhnya.

“Berlian sebuah usaha untuk menceritakan kembali detik-detik yang sudah terlepas dan ditulis menjadi lagu, dan saya berharap lagu Berlian ini membuka mata pendengar tentang masa depan lagu genre hiphop di Malaysia,

“Jadi, saya harap peminat dapat terima dengan baik lagu Berlian yang telah kami hasilkan,” katanya.

Tambahnya lagi, proses untuk merakam lagu ini tidak mengambil masa yang terlalu lama, hanya memakan masa dalam sehari untuk disiapkan.

“Saya menulis rangkap pertama tidak sampai sejam. Terus ke mikrofon dan mencipta dua baris pertama saya dan menyiapkan rangkap pertama bawah 30 minit,” ujarnya.

Pelakon, Fazzy Falak turut tampil khas dalam muzik video Berlian yang telah dikeluarkan pada 9 Mac lalu bagi memberi makna dalam setiap jalan cerita yang ingin disampaikan.

Berlian telah berada di pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan Youtube Music sejak 8 Mac lalu selain dapat ditonton di saluran Youtube rasmi Joe Flizzow.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya