Kontroversi skandal, Mila Jirin akui raih tiga pengajaran - Utusan Malaysia

Kontroversi skandal, Mila Jirin akui raih tiga pengajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan selebriti usahawan, Mila Jirin, mengakui, menerusi isu dan kontroversi skandal melibatkan beberapa nama artis terkemuka pada waktu ini menjadikannya mampu meraih banyak hikmah di sebalik perkara yang tular.

Menurut Mila, meskipun mengejutkan banyak pihak, perihal skandal yang meraih perhatian netizen pada waktu ini sebenarnya boleh dilihat dari satu sudut pengajaran.

Katanya, dia sendiri, belajar tiga perkara daripada hal yang berlaku meskipun tidak melibatkan dirinya.

“Bila Malaysia dikejutkan dengan cerita skandal berpenjuru selebriti terkenal, aku belajar tiga perkara. Yang pertama CCTV Allah Maha Besar.

“Jika Allah izinkan ia terbuka dan tersebar, dengan izin Allah semua orang tahu. Tak perlu cari, ianya datang sendiri dengan izin Allah.

“Yang kedua adalah kehebatan doa seorang isteri manakala yang ketiga ialah kepentingan jujur, amanah, berterus terang, kesetiaan dan musyawarah dalam hubungan suami isteri,”katanya.

Perkongsian Mila itu mendapat respons yang pelbagai daripada pengikutnya di media sosial.

“Betul. Sekali saja suami rancang jahat kepada isteri, berkali Allah balas. Sarah itu sebenarnya perantaraan saja. Semua izin Allah nak bagi semua nampak yang naluri seorang isteri tak salah,”tulis aqyela.ma.

“Buka aib tak baik. Tapi boleh diselesaikan dengan pihak-pihak tertentu.Dan doa-doa orang dianiayai ini sangat makbul. Tapi perlu ke heboh beritahu satu dunia tentang aib sana sini?

“Semua ada aib. Tak akan pernah habis kalau nak buka aib, berkata pasal orang. Biar selsai cara baik dan tenang sahaja,”tulis Che_isha88.

Terdahulu, konflik rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah hangat diperkatakan termasuk apabila muncul pendedahan mengenai pelakon Ruhainies yang ditangkap khalwat bersama penyanyi Sayang-Sayang itu oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya