Bazar Ria Raya Bujang Lapok dibuka bukan cuma untuk artis - Utusan Malaysia

Bazar Ria Raya Bujang Lapok dibuka bukan cuma untuk artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sebagai inisiatif bagi memperingati hari kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada 22 Mac, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bakal menganjurkan program Bazar Ria Raya Bujang Lapok Street di KL Gateway Mall, Bangsar South menjelang ramadan ini.

Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi berkata, bazar yang diilhamkan daripada suasana filem legenda, Saga Bujang Lapok itu menjanjikan suasana raya yang meriah dengan penglibatan penggiat seni dan usahawan yang berhasrat menjana pendapatan tambahan menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Program ini tidak hanya terbuka kepada artis dan selebriti, tetapi juga kepada pekerja industri kreatif, rakan media dan usahawan yang berminat.

“Kami mengalu-alukan penyertaan daripada pihak vendor sebagai rakan strategik.Jumlah reruai yang disediakan adalah 50 buah dengan 60 peratus reruai jualan adalah kalangan warga industri kreatif dan empat puluh peratus dibuka kepada vendor lain.

“Namun paling pasti, selain peniaga keutamaan diberikan kepada penggiat industri kreatif yang memerlukan sokongan kewangan berikutan masalah kesihatan, kehilangan pekerjaan atau isu lain,” katanya semasa sidang media majlis Pra Pelancaran Bazar Ria Raya di Banana Bistro, baru-baru ini.

Selain itu, kata Zed, program ini turut memberi keutamaan kepada warga industri yang mungkin memerlukan sokongan ekstra dari segi kewangan kerana masalah kesihatan.

Jelasnya, bazar yang berlangsung selama tiga minggu di KL Gateway Mall ini menjangkakan sekitar 50,000 pengunjung.

“Pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan menganyam ketupat, sketsa, berbuka puasa bersama artis veteran, pertunjukan fesyen kanak-kanak, cabutan bertuah, rewang bungkus kuih raya.

“Tidak cuma itu, sebagai pelengkap, semua gerai dihiasi mengikut tema empat filem Bujang Lapok termasuk, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali baba Bujang Lapok,”katanya.

Selain itu, pengunjung yang hadir berpeluang mengunjungi vendor selebriti seperti Che Ta, Ezlynn Arifin, Andrea Abdullah, Nor Azifah, Emma Akma, Salman JKK dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya