Saya tidak akan minta maaf - Fatiya Latiff - Utusan Malaysia

Saya tidak akan minta maaf – Fatiya Latiff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Fatiya Latiff, menegaskan, dia tidak akan mengeluarkan sebarang permohonan maaf kepada semua pihak terutama warganet atas kelakuannya di media sosial.

Malah, Fatiya juga ‘menyalahkan’ watak Aurora yang pernah dibawakannya menerusi drama berjudul Jesnita dua tahun lalu sebagai punca mengapa dia berkelakuan seperti sekarang.

“Saya tidak akan minta maaf atau mengharapkan semua pihak untuk memaafkan saya. Sebagai seorang aktres yang dah berada dalam industri lebih 10 tahun, boleh dikatakan, ia bukan satu perjalanan yng mudah untuk saya.

“Terutama apabila memainkan watak Aurora dalam drama Jesnita yang dah ditayangkan dua tahun sebelum ini. Dikenali sebagai seorang aktres yang sentiasa mendalami dan menjiwai watak yang dipertanggungjawabkan, orang biasanya akan salah faham dengan saya,”katanya.

Jelas Fatiya, watak antagonis tersebut begitu mencabar berbanding watak-watak lain yang pernah dilakukannya hingga menyebabkannya menjadi seperti sekarang dengan cara yang tidak difahami orang lain.

“Ia tidak mudah. Saya sebagai seorang puteri yang telah disumpah dengan kejahatan, mungkin kedengaran agak merepek, tetapi begitulah yang berlaku. Apa pun, setengah orang ada yang percaya dengan fitnah perangai saya di luar naskhah itu.

“Saya tak kecewa pun. Tetapi dua karektor di dalam jiwa saya (Aurora dan diri sendiri) telah merubah persepsi tentang bagaimana saya melihat dan bereaksi,”katanya.

Drama Jesnita merupakan arahan Emy Suffian dan diterbitkan oleh Zeel Production dengan menelan belanja kira-kira RM1.3 juta.

Selain Fatiya, naskhah itu juga telah dijayakan oleh Intan Najuwa, Nasha Aziz, Yusuf Bahrin, Fikry Ibrahim dan Che Ta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×