Saya gembira bila Fizi beritahu nak jumpa anak - Shakilla Koriri - Utusan Malaysia

Saya gembira bila Fizi beritahu nak jumpa anak – Shakilla Koriri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahu memelihara emosi anak membuatkan pelakon, Shakilla Khoriri, terbuka hati memberi keizinan kepada bekas suami, Fizi Ali, bertemu anak mereka, Ameena Sofia, selama empat hari.

Menurut Shakilla, dia tidak mahu Ameena terkesan lantaran perbalahan berpanjangan antaranya dan Fizi.

“Bila Fizi kata nak jumpa anak, saya gembira. Apa yang boleh saya cakap, keputusan (keizinan) ini untuk anak saya. Sekarang saya tak kisah orang lain.

“Saya kena buat ini untuk jaga kesihatan mental Ameena.

“Saya tak mahu dia terkesan dengan keadaan dan kesalahan mak bapa dia,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Menurut pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini itu, dia berhasrat untuk menemukan Ameena dan bapanya hari ini, namun apakandaya, keadaan hari ini tidak bersesuaian.

“Kalau ikutkan hati, saya nak bawa Ameena jumpa dengan bapanya hari ini.

“Namun keadaan hari ini tidak bersesuaian dan tidak bagus untuk dia yang baru berusia lima tahun. Kena bagi saya ruang dan peluang untuk meneliti keputusan bagi kebaikan Ameena,” katanya.

Hasil perbincangan dan budi bicara, kedua-dua pihak bersetuju untuk memberi keizinan kepada Fizi Ali menjaga Ameena selama empat hari bermula 1 Mac ini.

Bagaimanapun, kes hadanah kekal akan diteruskan pada 19 Mei di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Pada 15 Disember lalu, Fizi Ali memfailkan tuntutan hadanah terhadap bekas isterinya Shakilla Khoriri berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka, Ameena Sofia.

Katanya, tindakannya memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak sebaliknya hanya mengiginkan anak perempuanya itu mendapat kasih sayang yang sempurna.

Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.

Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu, Siti Zulaikha pada 23 Oktober.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya