Puteri Ameerah peminat drama Anna Jobling, bangga wajah disamakan - Utusan Malaysia

Puteri Ameerah peminat drama Anna Jobling, bangga wajah disamakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelakon, Anna Jobling, mengakui terkejut dan berbesar hati apabila drama lakonannya menjadi tontonan puteri Sultan Brunei Darussalam, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Menurut Anna, Puteri Ameerah membuat pengakuan itu semasa mencemar duli bertemu Anna dalam sebuah majlis keramaian di Brunei, Sabtu lalu.

“Sampai sahaja di majlis itu, Ameerah terus datang dan peluk saya. Kelakarnya, dia mengakui meminati saya dan tengok drama saya. Saya juga lagilah meminati Ameerah.

“Saya anggap perjumpaan saya dan Ameerah satu rezeki kerana mengikut orang Brunei sendiri, mereka sukar melihat atau berjumpa Ameerah.

“Sepatutnya Ameerah jumpa saya sekejap sahaja tapi kami berbual sehingga dua jam bercakap tentang hidup, kerja, Brunei dan tentunya kucing,” katanya.

Anna berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di sidang media Anugerah Gempak Most Wanted 2023 (GMWA 2023) di Pusat Konvensyen Putrajaya, semalam.

Selain itu, pelakon Melur Untuk Firdaus itu berkata, Ameerah juga maklum mengenai komen-komen warganet yang tular mengatakan wajah mereka kelihatan seiras.

“Ada yang komen cakap wajah kami sama. Kami ambil masa dalam dua minit tenung wajah satu sama lain untuk cari persamaan. Mungkin adalah iras di bahagian bibir dan mata.

“Ameerah cakap ia satu pujian bila wajah kami disamakan. Saya juga sama,” kata Anna yang menyifatkan gadis 16 tahun itu sebagai seorang yang manis dan merendah diri.

Dalam perkembangan terkini, Anna dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gempak Most Wanted 2023 dengan meraih 1.5 juta undian.

Pada malam yang sama, Anna turut membawa pulang trofi Anugerah Selebriti Digital Tergempak dan Anugerah Sunsilk Rambut Boom manakala drama Melur Untuk Firdaus 2 dipilih sebagai Drama Tergempak.

GMWA 2023 merupakan anugerah yang mengangkat dan meraikan bukan hanya selebriti, tetapi juga pencipta kandungan serta selebriti media sosial di negara ini.

Dengan tema Y2K, GMWA23 diacarakan oleh Amelia Henderson, Sean Lee, Sherry Alhadad dan Zizan Razak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya