Populariti satu malam, itu bukan pelakon - Nadhir Nasar - Utusan Malaysia

Populariti satu malam, itu bukan pelakon – Nadhir Nasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon muda, Nadhir Nasar, 27, mengakui bukan senang untuk memasuki industri seni meskipun ada antaranya mempunyai bakat dan jiwa dalam bidang lakonan, nyanyian dan sebagainya.

Sehubungan itu, menurut Nadhir, apabila ada pihak yang ingin merisik pelaku aktiviti persundalan dan mahu mengangkat individu tersebut sebagai pelakon, itu bukan satu petanda yang baik.

“Jujurnya saya tak kenal siapa individu yang diperkatakan itu, namun semestinya tidak bersetuju seandainya industri seni mahu mengangkat dan memberi ruang untuk orang seperti itu.

“Siapa yang nak memasuki bidang ini, kalau anda ada minat, ada bakat yang boleh ketengahkan sebagai anak seni, barulah anda layak untuk masuk.

“Kadangkala yang saya perhatikan, ada antara mereka yang masuk industri seni ini secara tiba-tiba dan tak ada minat.

“Sesetengah daripadanya mungkin akan menjadi, tetapi ada antaranya tidak kerana mereka tiada hala tuju dalam bidang ini,”katanya kepada Utusan Malaysia.

Nadhir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu pelaku aktiviti persundalan yang diangkat sebagai selebriti oleh sesetengah masyarakat menerusi kontroversi yang mengejutkan negara baru-baru ini.

Selain itu, kata pelakon drama High Council ini, dia lebih gemar sekiranya ada kalangan anak muda yang tahu apa yang diingininya sebagai anak seni dalam bidang ini dan bukan mengejar glamor semata-mata.

“Kalau nak jadi pelakon, pergilah uji bakat dan kemudian jadilah pelakon. Saya tak setuju kalau ada pengarah atau penerbit yang ambil seseorang pelakon itu hanya kerana dia ‘famous’ atau popular dalam masa satu malam.

“Pendek kata, orang macam itu, tahu-tahu jadi pelakon, ia seakan tidak kena. Nak kata kita ini selalu angkat orang yang salah, tak boleh juga sebab ada juga yang mempunyai kredibiliti dan kualiti tinggi yang saya kenal sekeliling saya.

“Namun untuk angkat orang yang seperti ditanya tadi, rasanya tak perlulah. Jangan rosakkan industri kita ini,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya