Kekasih Sherie Merlis? Perkara baik saya akan diamkan sahaja - Hasnul Rahmat - Utusan Malaysia

Kekasih Sherie Merlis? Perkara baik saya akan diamkan sahaja – Hasnul Rahmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Hasnul Rahmat, 53, menyifatkan dia tidak perlu menguar-uarkan sebarang kenyataan mengenai kisah peribadinya kepada umum terutama apabila ditanya mengenai hubungannya dengan aktres, Sherie Merlis.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, Hasnul berkata, dia lebih suka bercakap mengenai perkara lain.

“Kucing saya yang pertama namanya Ghazal, kedua Disko, Inang, semua nama muzik. Hubungan saya dengan kucing rapat, tapi ada masanya kena tinggal juga.

“Jadi, itu lagi peribadi buat saya daripada perkara lain-lain. Kalau kucing tak makan, saya akan berleter, kena selalu jaga. Kasih sayang itu kena ada.

“Sebagai pelakon, kita juga manusia, perlu ada sifat kemanusiaan, begitu juga soalan diajukan. Kita boleh cakap benar atau sebaliknya,”katanya.

Hasnul ditemui pada majlis tayangan perdana filem pendek, Misi Ainaa terbitan Ainaa Beauty di Putrajaya, semalam.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia ingin mendirikan rumah tangga setelah lama hidup solo, Hasnul memaklumkan, dia harus menggalas tanggungjawab bagi menjaga ibunya dahulu.

“Kali pertama saya mengenal cinta adalah cinta terhadap ibu dan arwah bapa. Saya perlu fokus kepada ibu sekarang kerana dia tidak sihat.

“Apa-apa soalan atau fitnah dilemparkan saya okey sahaja, janji saya tidak aniaya dan zalimi orang.
“Bagi saya, senang saja, setiap kerja perlu ada kejujuran, ikhlas dan niat yang baik.

“Insya-Allah, benda baik akan datang. Banyak aspek kebaikan yang Tuhan beri. Doakan yang baik-baik.

“Yang baik bagi saya kita diam sahaja, sebab yang jahat pula akan orang bercerita. Kita kena ada kemanusiaan,” katanya.

Terdahulu, tular dakwaan mengatakan Hasnul dan Sherie Merlis sedang menjalin hubungan cinta dan sering keluar bersama.

Malah, tinjauan di media sosial juga mendapati rakan-rakan artis yang mengenali mereka rata-ratanya bagai ‘merestui’ hubungan tersebut dan berharap agar kedua-duanya dapat bersatu sebagai suami isteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya