Kalau minat kumpulan Stings, mengaku sahajalah - Poey - Utusan Malaysia

Kalau minat kumpulan Stings, mengaku sahajalah – Poey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Vokalis kumpulan Stings, Poey, tidak bersetuju andai ada yang mendakwa kewujudannya dalam industri seni tidak dihargai oleh peminat muzik tempatan.

Menurut Poey atau nama sebenarnya Hasri Hashim, meskipun telah mencipta populariti di Indonesia, dia yakin masih ramai peminat dalam negara masih meminati kumpulan Stings.

Bagaimanapun, kata Poey, dia percaya, rata-rata mereka yang meminati Stings malu untuk mengakui mereka mendengar lagu-lagu kumpulan tersebut dan lebih berbangga mengaku meminati artis antarabangsa.

“Saya tak rasa penyanyi macam saya tidak dihargai. Cuma saya rasa ada segelintir orang ini yang hipokrit. Senang cerita, orang luar lebih menghargai kita berbanding orang kita sendiri.

“Bila jumpa di luar, peminat kita suka sahaja dengan kumpulan Sting cuma mereka malu untuk ungkapkan. Mereka lebih suka bagitahu yang mereka minat Metalica atau Britney Spears.

“Padahal mereka tahu dan kenal dengan lagu-lagu Stings. Saya juga tahu, ramai budak-budak muda tahu lagu saya bila viral di Tik Tok. Jadi kalau minat Stings, janganlah malu, mengaku sahajalah,”katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, berkongsi mengenai populariti yang dikecapinya di Indonesia, kata Poey, dia bersyukur kerana diberi banyak peluang untuk membuat persembahan di negara jiran.

Kata Poey, dia juga kerap menjadi pilihan untuk membuat persembahan di acara-acara yang dianjurkan kerajaan di Indonesia.

“Pun begitu, ia tak mudah dan seakan ada sekatan untuk artis kita lepas membuat persembahan di sana. Tak seperti artis Indonesia yang bebas untuk buat konsert di sini.

“Hal ini merupakan polisi yang dibuat oleh pemerintah di sana. Alhamdulillah acara saya semua di Indonesia diatas undangan pihak pemerintah.

“Saya tak terima kalau undangan tersebut daripada penganjur acara sebab kita tak boleh nak jangka kemungkinan yang akan berlaku,” katanya.

Katanya lagi, sambutan peminat di Indonesia sememangnya luar biasa terutamanya di Kepulauan Riau.

“Di Indonesia, penontonnya memang dasyat. Saya pernah buat persembahan di hadapan lebih 8,000 dan 25,000 penonton.

“Ia merupakan program percuma untuk parti politik. Saya tidak memihak mana-mana parti dan saya hanya akan memberikan kesedaran kepada penonton untuk keluar mengundi.

“Saya juga pernah buat persembahan untuk dua buah parti politik pada hari yang sama. Untuk majlis perasmian mesin ATM pun mereka jemput saya.

“Rata-rata mereka suka saya menyanyikan lagu Sting berbanding lagu-lagu cover Indonesia,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Poey akan terlibat dengan Konsert Rock Legend Berzaman yang bakal membariskan lapan vokalis rock era 1990-an seperti Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Ameng Spring serta Hazama.

Konsert anjuran RAR SKY Entertainment itu akan menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya