Industri seni bukan tempat menyucikan kekejian dia - Zed Zaidi - Utusan Malaysia

Industri seni bukan tempat menyucikan kekejian dia – Zed Zaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, memberi amaran supaya mana-mana produksi, pengarah atau penerbit tidak mudah membuka peluang buat mereka yang terlibat dalam aktiviti persundalan dengan menjadikan mereka sebagai selebriti atau pelakon.

Menurut Zed, aktiviti keji yang dilakukan mereka bukan satu perkara baik dan bermanfaat untuk diangkat sebagai ikon mahupun selebriti dan perkara itu tidak harus diamalkan sebagai satu normalisasi.

“Umpama kita angkat orang jahat untuk jadi baik. Kita macam nak sucikan semula dia menggunakan industri seni sedangkan dia meraih perhatian disebabkan perkara jahat yang dilakukan.

“Benda ini seakan ingin dinormalisasikan sebab selepas ini ia akan jadi ikon buat orang jahat lain dan masuk dalam industri seni. Ini tidak wajar berlaku.

“Dulu tak ada pun isu begini terjadi dan saya lihat media sosial adalah puncanya juga.Kita tak mahu industri ini rosak dengan kelahiran orang-orang yang tidak berkualiti macam ini yang meraih reputasi dan populariti dengan perkara aib dan keji.

“Kemudian mahu menyucikan diri dengan memasuki industri seni,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Dalam pada itu, kata Zed, dia juga bimbang sekiranya individu seperti ini diangkat dan dijulang, akan wujud lebih ramai individu sepertinya selepas ini.

“Dulu nak jadi penyanyi, pelakon atau apa sahaja dalam bidang seni ini kita kena ikut saluran yang betul. Pergi kelas lakonan dan sebagainya, bukan meraih populariti dengan perbuatan keji.

“Orang industri seni pun jangan cuba ambil kesempatan kerana ini bukan perkara yang benar. Saya akan pantau perkara ini melalui proses undang-undang.

“Kita nak cari bakat yang boleh jadi ikon yang baik, bukan ikon kontroversi keji,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya