‘Perang dingin’ lalu buat Fasha, Nora jumpa cinta sebenar - Utusan Malaysia

‘Perang dingin’ lalu buat Fasha, Nora jumpa cinta sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menganggap setiap yang terjadi mempunyai hikmah, pelakon jelita, Fasha Sandha dan Nora Danish bersyukur kerana peristiwa lalu menemukan mereka dengan cinta sejati masing-masing.

Kedua-dua aktres itu sudah berbaik selain menganggap perang dingin dahulu berlaku kerana masing-masing masih mentah dan saling ego.

“Kami saling sayang antara satu sama lain. Jadi, kita lupakan apa yang pernah terjadi dahulu. Itu semua tidak penting lagi.

“Fokus utama ialah anak kami berdua yang juga adalah adik-beradik.

“Macam mana pun, kami masih sebuah keluarga besar,” kata Nora kepada Utusan Malaysia.

Turut bersetuju dengan Nora, Fasha menganggap insiden lalu adalah jalan yang disusun Tuhan untuk menemukannya dengan lelaki terbaik iaitu suaminya, Adil Aziz.

“Itu merupakan zaman remaja kami. Masing-masing masih mentah dan panas.Kami bersyukur kerana pengalaman itu, masing-masing berjumpa dengan lelaki yang tepat.

“Kalau bukan kerana kejadian lalu, kita tidak akan bertemu dengan cinta hati ketika ini,” kata Fasha.

Dalam pada itu, dedah Nora, ada banyak pihak yang cuba memancing mereka untuk berdamai.

Namun usaha itu gagal kerana dahulu masing-masing belum bersedia.

“Ini semua kena berlaku secara natural. Tak boleh disuruh-suruh, dirancang atau dinasihatkan.

“Saya boleh nampak kejujuran Fasha dan dia pun boleh rasa keikhlasan saya untuk berbaik.

“Kita masing-masing sudah matang dan boleh berfikir secara rasional,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nora dilantik sebagai duta bagi produk terbaharu keluaran Inayah Beuty iaitu Gettox bersama Elisya Sandha.

Gattox ialah minuman campuran berperisa Apple Cider yang membantu membakar lemak degil dan juga mendapat menyelesaikan masalah kulit

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN