Daqmie penyanyi nasyid pertama buat album guna pemacu USB - Utusan Malaysia

Daqmie penyanyi nasyid pertama buat album guna pemacu USB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kos cakera padat semakin meningkat membuatkan penyanyi dan komposer, Daqmie, menghasilkan album dalam bentuk pemacu USB.

Daqmie atau Azmee Abdul Manap merupakan artis nasyid pertama yang memulakan inovasi itu menerusi album Daqmie Ramadan 1445.

“Selepas Perintah Kawalan Pergerakan, saya mahu menghasilkan album, namun kos cakera padat meningkat kerana kuantiti semakin menyusut.

“Semasa mengerjakan projek tahun akhir di Universiti Utara Malaysia, saya dapat ilham untuk menjual album dalam bentuk pemacu USB. Harganya mahal jika dibeli dalam kuantiti sedikit.

“Selepas bertanya dengan beberapa pembekal, akhirnya saya jumpa pihak yang boleh jual dengan bajet yang saya mahukan. Saya beli 500 USB dahulu untuk batch yang pertama,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Komposer lagu Casablanca itu tidak menyangka album tersebut yang dijual dengan harga RM69 laris sepenuhnya sebelum dilancarkan.

“Alhamdulillah, sebelum album dilancarkan lagi ia sudah habis terjual.

“Kini saya dalam perancangan untuk tambah lagi 1,000 unit USD untuk jualan album Daqmie Ramadan 1445,” katanya.

Menariknya, album ini turut menghimpunkan deretan penggiat seni nasyid pelbagai lapisan umur.

“Penerbitan album ini juga melibatkan beberapa nama besar dalam industri muzik termasuk Rabbani, Syahmura, Alfa Booty, Wan Saleh, Amin Nordin dan Tam Cobain.

“Rakaman pula diadakan di studio-studio ternama seperti RML Studio, Rekaman Studio, dan Smart Audio Studio.

“Menteri Sains Teknologi dan Inovatif Sabah, Datuk Dr Ariffin Mohd. Ari turut menyumbang lirik dalam album ini,” katanya.

Selain pernah menghasilkan 40 lagu untuk runut bunyi filem produksi Metrowealth International Group (MIG), Daqmie merupakan artis nasyid yang disegani apabila menjadi pemenang utama Anugerah Industri Nasyid 2021.

Single nyanyiannya berjudul Tangis Sebatang Tamar mencecah lebih 2.4 juta tontonan di YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN