Atikah Suhaime membiasakan diri - Utusan Malaysia

Atikah Suhaime membiasakan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERKAHWINAN yang dibina baru menginjak ke usia lebih sepurnama. Bagi pelakon, Atikah Suhaime, banyak lagi yang harus dia pelajari. Isteri kepada usahawan, Datuk Lokman Teh sedar selok belok dunia perkahwinan yang ada pasang surut, ombak dan tenangnya.

Apatah lagi, mengizinkan diri untuk memegang status isteri terutama dalam budaya hidup yang berbeza memerlukan dia untuk memberi sepenuh komitmen dan memegang tanggungjawab dengan baiknya.

Bersua bicara dengan aktres yang bakal muncul dengan filem seram komedi, Tan-ti-Ana di seluruh pawagam bermula esok, Atikah berkongsi cerita, pengalaman baru dunia perkahwinannya.

H: Tahniah! Masih tak terlambatkan nak ucap selamat pengantin baharu. Macam mana kehidupan baharu, status baharu?

A: Sejujurnya, masih lagi membiasakan diri. Saya baru tahu, bukan senang untuk bergelar isteri. Macam-macam saya belajar walaupun tidak sampai dua bulan perkahwinan.

Saya kena fahamkan diri dengan situasi suami kita. Dia bukan lagi teman lelaki, tetapi imam kita kan. Dulu dan sekarang, pastinya berbeza sangat.

H: Persiapan menjelang Ramadan bagaimana? Yalah, kali ini bakal berpuasa dan menyambut lebaran bersama suami serta keluarga mentua kan.

A: Jujurnya, saya sangat gementar. Sebab sekarang ini saya ada komitmen dan tanggungjawab untuk mempromosikan product secara langsung di media sosial.

Tetapi ketika Ramadan nanti, kena pandai bahagi masa lah kan. Saya kena bangun awal untuk siapkan sahur dan berbuka. Keluarga mentua, keluarga besar. Seronok dan meriah.

Cuma persiapan hidangan itu mengambil masa yang lama. Pernah juga saya masak di rumah keluarga mentua sebelum ini, mula masak pukul 3 petang pukul 7 petang belum siap masak!

H: Ada yang beranggapan, Atikah sekarang hidup dalam kemewahan, Tak perlu bersusah payah, ada orang gaji uruskan semua. Betul ke?

A: Tak adalah, hidup macam biasa. Orang gaji memang ada, tetapi hanya datang seminggu sekali sahaja untuk kemas rumah dan uruskan apa yang sepatutnya.

Mak mentua saya ada masalah susah hendak percaya orang. Dia lebih senang untuk kami masak atau uruskan semampunya.

Saya pun bersyukur sangat sebab ibu mentua bukan jenis meminta-minta. Kita kena ikhlas melakukan sesuatu, belajar untuk terima pembaharuan.

H: Melangkah ke alam perkahwinan dengan perbezaan adat dan budaya, bagaimana Atikah menyesuaikan diri?

A: Memang terasa juga perbezaan adat Cina-Melayu itu tetapi saya ambil pendekatan berterus terang. Jika ada tidak selesa atau tak tahu, bagitahu. Jangan pendam, itu bahaya.

Kita kena jadi positive, fikir kena baik-baik. Paling penting, jangan dengar apa orang lain cakap. Anda tahu diri anda sendiri:

H: Maksud Atikah, ada ke orang yang cuba ‘cucuk’ atau dengki dengan kalian?

A: Sebelum kahwin memang saya selalu bertanya orang luar, tetapi saya belajar satu benda supaya tidak terlalu berkongsi perihal peribadi.

Sebab itu apa-apa pun, saya bincang dengan suami dan keluarga. Kalau rasa serabut, cari al-Quran. Percaya dengan diri sendiri. Insya-Allah Tuhan akan bantu.

H: Berbalik kepada kerjaya seni, selepas kahwin ada batas atau syarat dalam lakonan? Suami okay kalau Atikah terus berlakon?

A: Dia okay sahaja, tak ada letak syarat atau batas tertentu. Saya sendiri tahu status diri sebagai isteri.

Selepas ini saya nak elakkan babak bersentuhan, romantis melampau. Kalau boleh, penggambaran tidak lebih pukul 12 tengah malam. Ada hati yang saya perlu jaga kan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN