Amelia memang cantik, tetapi personalitinya yang buat saya suka - Aedy Ashraf - Utusan Malaysia

Amelia memang cantik, tetapi personalitinya yang buat saya suka – Aedy Ashraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Aedy Ashraf, mengakui, dia jatuh hati dengan aktres Amelia Handerson bukanlah semata-mata disebabkan kecantikan luaran yang dimiliki wanita itu.

Menurut Aedy, meskipun mengakui Amelia memiliki rupa paras yang cantik, namun katanya pelakon wanita itu juga memiliki keperibadian dan personaliti yang sangat memukau.

Malah, katanya, setiap kali bersama Amelia, dia berasa selamat dan tenang.

“Dia sentiasa buat saya rasa selamat dan tenang. Dari sudut cantik, sudah pasti dia memang seorang yang sangat cantik. Tetapi kecantikan itu pada akhirnya akan berubah apabila sudah tua.

“Namun sifat baik yang ada pada seseorang itu akan kekal. Apa yang buat dia nampak kuat adalah personaliti dan peribadi yang baik ada pada Amelia.

“Semua orang harus fikir fasal perkara sama, kecantikan luar memang tidak akan kekal. Kecantikan dalaman yang penting,”katanya.

Aedy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri i.D yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, ketika ditanya dia pernah berhadapan dengan situasi orang ketiga atau cubaan mana-mana pihak mengganggu hubungan mereka, kata Aedy dia dia bersyukur perkara itu tidak pernah berlaku.

“Buat masa ini tiada pihak yang cuba menganggu hubungan kami ini. Kerana kami berdua meletakkan kepercayaan antara satu sama lain.

“Bukan saya sahaja kepercayaan antara kekasih, tetapi kepercayaan sebagai sahabat,”katanya.

Dalam pada itu, ditanya adakah Aedy berasa rimas apabila sering disoal tentang Amelia, aktor tersebut menjawab tidak sama sekali.

“Saya tidak rimas pun apabila sering diajukan soalan tentang hubungan dengan Amelia. Cumanya jawapan saya sama sahaja setiap kali ditanyakan oleh media,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN