Jangan ilusi, tak perlu anggap saya pencabar - Elly Mazlein - Utusan Malaysia

Jangan ilusi, tak perlu anggap saya pencabar – Elly Mazlein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein, 44, mengakui kesal dengan sikap sesetengah pihak yang tergamak menganggap dirinya sebagai pencabar dalam industri seni.

Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia sedar wujud pihak yang memandang dirinya seperti itu terutama selepas dia memenangi Anugerah Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular Ke-35 tahun lalu.

“Saya perasan sejak meraih anugerah itu, seakan ada kesukarannya. Beginilah, saya berada dalam industri seni ini bukan sebagai pencabar.

“Harus saya tekankan bahawa kita sama-sama cari rezeki, jadi tak perlu pun nak rasa tergugat.Kalau kita nak gaduh pasal rezeki saya akan tarik diri. Saya cuma nak kerja dengan ikhlas dan tenang.

“Tak kuasa nak bergaduh. Malu tahu tak, kita sesama Islam bergaduh pasal rezeki. Nasihat saya, jangan tercabar, jangan ilusi, itu sahaja. Matlamat saya, lebih baik kita bersatu daripada kita bercerai,”katanya.

Elly berkata demikikan selepas majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Sayap di Hotel Rennaisance, di sini, semalam.

Selain itu, ditanya sama ada dia pernah diboikot gara-gara tindakannya mempertahankan diri sebelum ini, kata Elly, dia lebih selesa kekal bersikap positif kerana mahukan ketenangan.

“Saya jenis siapa nak kawan silakan, saya akan sentiasa berbuat baik. Walau kadang-kadang negatif itu ada saja. Tetapi, kalau ia sampai saya akan cepat-cepat tutup perasaan itu.

“Saya lebih selesa memikirkan tentang ketenangan dan positiviti. Saya tak ada masa nak fikir perkara sampah,”katanya.

Pelakon Kampung People itu sebelum ini pernah terkait dengan spekulasi kononya telah disindir seorang rakan artis yang kurang senang dengan gelagat dan cara pengacaraan yang disifatkan terlalu gedik semasa mengacarakan program All Stars Gegar Vagnza (ASGV).

Bagaimanapun, setelah tiga minggu beraksi di pentas tersebut sebagai pengacara di samping Nabil Ahmad dan Jihan Muse, Elly mengumumkan pengunduran dirinya atas sebab peribadi.

Elly juga mencetuskan tanda tanya ramai apabila membuat beberapa hantaran di Instagram Story ketika itu yang seolah-olah menyindir artis tertentu yang mencuba membuka pekung sendiri hingga mencetuskan kontroversi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN