Awet muda, usia Tyzo pula jadi perhatian warganet - Utusan Malaysia

Awet muda, usia Tyzo pula jadi perhatian warganet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas terpalit dengan kontroversi ditamatkan kontrak secara mengejut sebagai penyampai radio Suria FM, Tyzo, turut meraih perhatian warganet mengenai rupa paras dan usianya.

Menjadi pertikaian ramai dari sudut yang positif, rata-rata warganet hairan bagaimana Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain, memiliki raut wajah yang awet muda meskipun usianya sudah mencecah 49 tahun.

Menerusi tinjauan di media sosial, warganet memuji Tyzo yang disifatkan bertuah kerana awet muda dan masih tampan di usia kini.

“Dia lahir tahun 1975 weh. Sudah sebaya dengan mama saya. Kalau dia terlanggar bahu saya mahunya dia cakap ‘maaf kak’,” tulis cikzxckk.

“Ceritanya sekarang, kenapa Tyzo itu umur sudah masuk 50-an tetapi nampak macam 30-an?” tulis Amrlamnnn.

“Umur Tyzo nak masuk 50-an? Bayangkan dia sebagai duta produk-produk kecantikan, kongsikan rahsia ketampanannya antara selang lagu yang sedang ke udara di radio. Dah tiba masa buat satu perubahan dalam kerjayanya,” tulis mffismail.

Bagaimanapun, ada juga kalangan warganet yang tersalah sangka bahawa usia Tyzi kini sudah mencecah angka 59 tahun memandangkan selebriti itu sering bercanda mengenai angka usianya yang sebenar.

Sebelum ini, Tyzo dalam beberapa temu bual untuk program tertentu ada bergurau mengenai usianya dan mendakwa dirinya telah berusia 50-an.

Perkara itu bagaimanapun diperbetulkan oleh segelintir warganet yang mencari tahu mengenai tahun kelahiran Tyzo.

Dalam pada itu, perdebatan mengenai kedudukan dan nasib malang yang menimpa Tyzo setelah ditamatkan kontrak dengan Suria FM masih meraih bahan bualan ramai di media sosial.

Pada masa yang sama, warganet juga menanti penjelasan daripada pihak pengurusan Suria FM terutama Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin yang didakwa antara punca kontroversi ini tercetus.

Difahamkan, pihak pengurusan Suria FM bakal mengadakan satu sidang media bagi memberi penjelasan mengenai isu ini pada Jumaat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya