Anak diserang sawan, Ain Edruce tinggalkan set Melodi - Utusan Malaysia

Anak diserang sawan, Ain Edruce tinggalkan set Melodi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengacara, Ain Edruce, mendedahkan dia terpaksa meninggalkan set program Melodi selepas mendapat tahu anak tunggalnya, Soraya, diserang sawabn secara tiba-tiba semalam.

Menurut Ain, kejadian kali pertama itu berlaku dipercayai berpunca daripada demam panas yang dialami anak kesayangannya itu.

Jelas Ain, ketika kejadian, dia juga berasa ralat kerana tidak berada bersama anak dan suaminya, Amirul Hafiz di rumah.

“Anak demam di rumah, jadi saya tidak mahu kacau dia. Sekitar pukul 10.30 pagi, dia bangun tidur dan nampak gembira. Hati saya tenang sedikit. Jadi saya bersolek untuk pergi ke set Melodi (mengacara).

“Dah sampai set dan berlatih dengan Bell Ngasri, dapat panggilan telefon Soraya masuk hospital. Suami kata anak kena sawan. Gugur jantung saya,” tulisnya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Tambah Ain atau nama lengkapnya Nurulain Edruce itu lagi, dia terpaksa meninggalkan set Melodi dan bergegas ke hospital untuk bersama dengan anaknya.

Menerusi hantaran berbeza, Ain turut berkongsi video rakaman CCTV di rumahnya apabila menunjukkan situasi kelam kabut suaminya mendukung Soraya yang diserang sawan untuk dibawa ke hospital.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan Hafiz yang memakai kain pelikat, kelihatan tidak tentu arah bersama seorang pembantu, sambil mendukung Soraya yang dilihat lemah.

Sementara itu, Ain bersyukur apabila keadaan anaknya semakin pulih, malah Soraya sudah kembali aktif apabila demamnya semakin pulih.

“Alhamdulillah, pagi ini Soraya tidak lagi demam dan semakin ceria. Dia pun sudah kembali aktif dan jadi diri sendiri (cergas). Dah mula merayau satu hospital,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN