Suka peluk, cium kekasih Sharnaaz, ramai terhibur gelagat comel Jebat Jayden - Utusan Malaysia

Suka peluk, cium kekasih Sharnaaz, ramai terhibur gelagat comel Jebat Jayden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Gara-gara suka mencium dan memeluk bakal ibu tirinya, Amelia Christie, gelagat anak pelakon terkemuka, Sharnaaz Ahmad, iaitu Jebat Jayden, menjadi perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di media sosial, Jebat yang berusia enam tahun tidak lokek memberikan ciuman kepada Amelia pada kebanyakan masa semasa sedang bercuti di Jepun bersama Sharnaaz.

Percutian tersebut turut disertai bekas isterinya, Noor Nabila, sekali gus turut meraih rasa kagum dalam kalangan pengikut dan peminat mereka.

Malah, ketika Amelia membuat siaran langsung di Tik Tok, Jebat juga meluahkan rasa sayangnya kepada kekasih Sharnaaz dengan mengatakan mereka sedang ‘in love’ ( sedang bercinta).

“Kena ‘in love’ sangat-sangat, macam kita orang!”kata Jebat sambil memeluk dan mencium Amelia menerusi satu perkongsian di Tik Tok.

Selain itu, apabila ada kalangan pengikut yang bertanya kepada Jebat siapakah Amelia di hatinya, anak aktor tersebut tanpa berselindung mengatakan bahawa itu adalah teman wanitanya.

“Auntie ini girlfriend (teman wanita) baby,”katanya.

Gelagat bersahaja Jebat itu kemudiannya mengundang tawa ramai pengikut yang tidak menyangka anak pelakon tersebut mempunyai sisi lucu selain petah berkata-kata termasuk menyamakan Jebat seperti bapanya.

“Kelakarlah Jebat ini, sebiji macam baba awak nak oi…” tulis Mirawithercats

“Ini teman wanita Sharnaaz kah atau teman wanita Jebat sebenarnya, kelirulah,” Aida Kay

“Ini kalau Sharnaaz tak jadi dengan Amelia, aku rasa Amelia dengan Jebat yang lagi broken hearted ( kecewa),” tulis callmeisme.

Terdahulu, setelah mendapat perhatian ramai ketika hadir bersama di Malam Gala Polis Evo 3, Sharnaaz dan Amelia mengakui mereka sedang berkenalan rapat.

Untuk rekod, Sharnaaz mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada usahawan popular, Neelofa iaitu Noor Nabila pada Mac 2017 namun bercerai pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden, 6.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN