Nadeera ada hubungi saya, kami sama-sama tersepit - Utusan Malaysia

Nadeera ada hubungi saya, kami sama-sama tersepit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi asal lagu Astana, Ernie Zakri mengakui tidak menyimpan perasaan buruk atau bermasam muka terhadap Nadeera.

Jelas Ernie, atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, dia dan Nadeera sama-sama tersepit dalam situasi kompleks antara persatuan muzik dan pihak media perima membabitkan lagu Astana.

“Dia ada menghubungi saya di Instagram. Saya tidak ada perasaan buruk terhadap Nadeera. Tiada yang harus dipersalahkan kerana Nadeera hanya menggalas tanggungjawab. Saya yakin dia juga kesal.

“Mungkin orang yang bercakap tidak faham konteks. Saya dan Nadeera tidak tahu apa yang terjadi.

“Kami berdia hanya penyanyi yang cari makan dan mencuba nasib,” katanya.

Ernie ditemui Utusan Malaysia di hari terakhir Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 di Glanmarie, semalam.

Walau bagaimanapun, pemenang Vokal Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-23 itu turut terharu kerana Nadeera menganggap lagu ciptaannya, Astana, berbaloi untuk diperjuangkan.

“Sebagai seorang yang ambil serius mengenai karier, bila Nadeera ingin menyanyikan lagu saya, ia memberi bayangan bahawa Astana ialah lagu yang baik.

“Saya hormat keputusan Nadeera,” tambahnya.

Selepas beberapa hari berbincang dengan banyak pihak, Ernie dibenarkan untuk menyanyikan lagu Astana.

Berita itu dimaklumkan pada Jumaat iaitu sehari sebelum persembahan di SFMM38.

“Saya diberitahu pada Jumaat.Pihak label membenarkan saya bernyanyi. Saya pun apalagi, punggah apa yang ada dalam almari untuk dipakai,” selorohnya.

Astana menjadi antara 12 lagu yang layak ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL 38).

AJL 38 bakal berlangsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac tahun depan.

Kesemua lagu diadili oleh enam juri profesional iaitu Datuk Mokhzani sebagai Ketua Juri, LY, Helen Yap, Azmeer, Cat Farish dan Datuk Wah Idris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN