Jaclyn Victor dinobat juara All Stars Gegar Vaganza - Utusan Malaysia

Jaclyn Victor dinobat juara All Stars Gegar Vaganza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL : Selepas 11 minggu bertanding, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) sekali gus mengenepikan enam peserta lain.

Kejuaraan tersebut melayakkan juara musim kesembilan tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, trofi serta hadiah lain.

Mempersembahkan lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houstan dan lagu duet Sandarkan Pada Kenangan nyanyian bersama Datuk Jamal Abdillah, kemenangan tersebut menamatkan spekulasi dan teka-teki orang ramai mengenai siapakah antara enam peserta yang layak memegang trofi juara ASGV.

Selain itu, pihak Astro mengumumkan, semua peserta membawa pulang RM10,000, pakej percutian sumbangan Kaki Jalan serta trofi iringan.

Bagaimanapun, tuah menyebelahi Naqiu yang meraih gelaran Pemenang Pilihan Bos Susu sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.

Pentas akhir ASGV telah bersiaran langsung di Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.