Hos tiada hak pengaruhi kelayakan peserta Pentas Marhaban - Penerbit - Utusan Malaysia

Hos tiada hak pengaruhi kelayakan peserta Pentas Marhaban – Penerbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penerbit program Pentas Marhaban yang bersiaran di TV Al-Hijrah, Nurul Ain Mohamed, menegaskan bahawa penglibatan Tilmiz Fahmi menerusi program hanyalah sebagai pengacara dan tidak lebih daripada itu.

Katanya, Fahmi juga tidak terlibat dalam mempengaruhi keputusan kemenangan peserta meskipun ada pihak dapat menghidu bahawa dia merupakan anggota asal kumpulan Al-Maqari yang turut menjuarai minggu kelima program tersebut.

“Tilmiz Fahmi memang merupakan salah seorang anggota kumpulan Al-Maqari tapi dia memang tidak terlibat langsung dari segi pemarkahan dan pemilihan daripada awal.

“Mereka dipilih melalui ujibakat diantara pihak produksi dan penasihat tanpa penglibatan Fahmi. Dia hanya hos semata-mata dan tak bertanding.

“Apa-apa input pun kami tidak pernah sampaikan kepada Fahmi. Begitu juga sebaliknya. Malah, penilaian dibuat oleh pihak luar dan kami tiada kuasa,” katanya ketika ditemui selepas program berlangsung di sini, semalam.

Penerbit program Pentas Marhaban, Nurul Ain.

Selain itu, Ain turut menjelaskan mengenai pertembungan antara dua buah kumpulan berlainan jantina yang diwujudkan menerusi minggu kelima ini.

“Kita boleh lihat yang mana pertembungan ini agak sengit, terutama antara qari dan qariah. Kami sudah boleh agak penerimaan para penonton yang akan mempertikaikan perkara ini.

“Penetapan kumpulan yang bertanding pada setiap minggu pula adalah berdasarkan undian yang telah dibuat lebih awal. Kita pun tak tahu kumpulan mana akan bertemu dan di minggu ke berapa mereka akan bertanding.

“Jadi, kita lihat komen-komen di media sosial juga positif. Kedua-dua penyokong memberikan pendapat masing-masing,”jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Penjenamaan dan Kajian Penonton, Zulkarnaen Mokhtar menjelaskan pemilihan Al-Maqari’ di program ini bukan disebabkan populariti tetapi kerana mahu mengangkat seni marhaban ke peringkat lebih tinggi.

“Ramai kata kumpulan Al-Maqari ini sudah jauh ke hadapan. Maka, sasaran TV AlHijrah adalah, kami mahu bawa marhaban ke tahap yang lebih tinggi iaitu ke platform televisyen yang boleh disaksikan oleh orang ramai.

“Kalau, kita sekat mereka yang sudah bergiat secara aktif, penonton tidak akan tahu penanda aras seni marhaban di negara ini.

“Jadi, untuk musim pertama ini, kita tidak meletakkan sekatan. Sesiapa sahaja boleh masuk bertanding.
“Ada kumpulan lain yang dapat markah lebih tinggi daripada Al-Maqari pada minggu sebelumnya. Tak semestinya mereka berpengalaman yang akan menang mudah,” katanya.

Terdahulu, Pentas Marhaban bersiaran pada setiap Sabtu pada jam 9 malam di saluran TV AlHijrah.
Selain Tilmiz Fahmi, rogram ini juga dihoskan oleh Shamsul Ghau Ghau selain menyaksikan Ustaz Zulhafis Gambus dan Ustazah Asni Mansor bertindak selaku juri tetap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN