Dah lama tak menyanyi, cuma mahu Aina Abdul hasilkan lagu saya - Arja Lee - Utusan Malaysia

Dah lama tak menyanyi, cuma mahu Aina Abdul hasilkan lagu saya – Arja Lee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan aktivis teater, Arja Lee, mengakui sudah lama menyimpan hasrat besar agar penyanyi dan komposer, Aina Abdul, sudi menghasilkan sebuah lagu untuknya.

Menurut Arja, dia yang pernah menghasilkan sebuah single berjudul Cerita Pada Mereka dan Bintang Malam, ingin mendapatkan sentuhan karya daripada Aina yang disifatkannya sebagai seorang komposer berbakat besar dan hebat.

“Saya tahu yang diri ini sudah lama tidak menyanyi dan barangkali orang sudah lupa yang saya pernah hasilkan single sebelum ini. Maklum sajalah, sebelum ini saya pernah merajuk seketika dengan dunia seni dan kemudian ‘lari’ ke Kelantan untuk peluang bergelar pensyarah.

“Namun, jauh di sudut hati, saya selalu pasang hajat nak kembali semula menyanyi. Tetapi, saya nak Aina Abdul yang buatkan lagu untuk saya. Bagi saya, dia seorang komposer dan penyanyi yang hebat, bijak dan kaya dengan ilmu.

“Dia juga sangat kental, dia tahu dia tidak berapa ‘comel’, jadinya dia menggunakan mekanisme serta komponen lain untuk tunjukkan bakat sebenarnya.Ia membuatkan saya jatuh hati dengan karya dan liriknya, dia penyanyi yang memiliki jiwa yang besar,”katanya.

Arja berkata demikian semasa ditemui usai majlis tayangan perdana filem Sayu Yang Syukur di sini, semalam.

Dalam masa sama, Arja berkata dia bersedia membayar sekiranya Aina meletakkan caj pada karya ciptaannya.

“Saya ingin menyanyikan lagu dia dan ingin buktikan keupayaan suara saya. Berapa pun caj, saya sedia untuk membayar. Tolong ciptakan lagu untuk saya.

Kalau genre sudah pasti saya mahu lagu balada dan lagu paling saya minat Jangan Mati Rasa Itu.

Sementara itu, mengulas mengenai filem Sayu Yang Syukur, Arja berkata, ia adalah buah tangan buat peminatnya selepas sekian lama dia mendiamkan diri.

“Agak lama saya berdiam diri disebabkan beberapa perkara termasuk melanjutkan pelajaran dan menjadi tenaga pengajar.

“Kini saya kembali ke industri dengan filem yang saya lakonkan lapan tahun lalu. Saua jadikannya sebagai hadiah buat peminat,”katanya.

Selain Arja, Sayu Yang Syukur turut dibintangi oleh pengarah filem itu sendiri, Datuk Aaron Aziz serta Nora Danish, AR Badul, Kismah Johar, Fairie Khalil dan ramai lagi.

Sayu Yang Syukur bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 28 Disember 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN