Baju berlampu, Siti Nordiana tampil persis Aina Abdul - Utusan Malaysia

Baju berlampu, Siti Nordiana tampil persis Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Mendapat pujian daripada juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat, peserta program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Siti Nordiana bagaimanapun turut mencuri perhatian penonton menerusi busana yang digayakan pada persembahannya malam tadi.

Menggayakan imej rock sesuai tema yang ditetapkan pada minggu separuh akhir ini, penyanyi yang dikenali sebagai Nana ini mendapat tepukan gemuruh daripada penonton menerusi busana berlampu yang disifatkan kreatif oleh peminatnya.

Meninjau di ruangan platform X, ramai kalangan peminat menyifatkan Nana berani menggayakan busana tersebut sekali gus menyaksikan kelainan daripada penyanyi kelahiran Sendayan, Negeri Sembilan, tersebut.

Pun begitu, ada yang menyifatkan penampilan Nana itu agak berlebihan dan seolah-olah ingin bergaya seperti penyanyi yang sinonim dengan imej sedemikian, Aina Abdul.

Pada minggu separuh akhir, Nana ditugaskan membawa lagu Sudah Ku Tahu nyanyian asal Projector Band serta Hampa Hatiku daripada kumpulan Ungu.

Menurut Syafinaz, persembahan Nana memperlihatkan peningkatan dalam dirinya sebagai peserta ASGV sekali gus menyaksikannya berani mencabar diri.

“Nana sudah diberi banyak kali peluang dan menerusi persembahan kali ini, saya tengok Nana sudah semakin berani mencabar diri. Untuk malam ini, saya suka dengan keseluruhan persembahan awak.

“Boleh nampak ada warna pada persembahan Nana. Awak telah memberikan satu pengakhiran yang bagus untuk lagu yang dibawakan. Satu persembanan yang meyakinkan,”katanya.

Rancangan popular itu menyaksikan kesemua bintang diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz.

Konsert GV10 diacarakan trio pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya