Alyah kecewa dibanding-banding bunda Hetty? - Utusan Malaysia

Alyah kecewa dibanding-banding bunda Hetty?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Perkongsian ulang siar beberapa Instastory oleh penyanyi, Alyah mengundang persoalan adakah dia berkecil hati dengan komen juri tetap, Hetty Koes Endang di pentas akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) semalam.

Hetty yang memberi komen usai persembahan penyanyi, Siri Nordiana mengundang kecaman netizen apabila dia membanding-banding kedua-dua penyanyi tersebut.

“Saya rasa kamu menyanyi lagu ini (Kisah Hati) lebih baik daripada penyanyi asalnya (Alyah),” ujar Hetty atau lebih mesra disapa bunda.

Menerusi beberapa Instastory yang diulang siar, Alyah dilihat bersetuju dengan kata-kata sokongan peminat yang menolak komen penyanyi popular Indonesia itu.

“Tak perlulah sampai cakap lagi bagus dari penyanyi asal lagu tu.

“Datin Alyah tu suara dia sedap betul, sebutir-sebutir sebutan dia. Kadang-kadang kena jaga hati orang juga.

“Walaupun aku suka Siti Nordiana tetapi penyampaian Kisah Hati yang terbaik tetap Alyah,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Tak perlu nak merendah-rendahkan penyanyi asal sampai begitu sekali.

“Agak-agaklah kalau nak cakap lebih bagus. Mengarut! Menurut aku,” ujar seorang lagi pemilik Instagram.

Meninjau komen-komen warganet di aplikasi X, rata-rata pengguna media sosial juga tidak bersetuju dengan komen tersebut dan menganggap kritikan tersebut sebagai memalukan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya